awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh gerai jual daging babi ditutup

Sinar Harian
Sinar Harian
13/10/2018
23:13 MYT
Tujuh gerai jual daging babi ditutup
Abdul Wahab (kanan) menunjukkan gerai yang telah diambil tindakan bagi membolehkan kerja-kerja sertu dijalankan oleh penguatkuasa JAIM di MITC, Ayer Keroh, pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) mengambil tindakan drastik mengarahkan tujuh gerai jualan makanan yang didapati menjual makanan tidak halal ketika Ekspo Tastefully Food & Beverage, ditutup.
Arahan itu dikeluarkan setelah gerai berkenaan didapati menjual daging babi berkonsepkan makanan jalanan dan tular di media sosial sehingga mendapat perkongsian lebih 500 pengguna Facebook.
Ketua Pegawai Eksekutif MITC, Abdul Wahab Ibrahim berkata, tindakan yang dilakukan bukan sahaja menutup gerai-gerai yang terbabit malah ia juga akan disertu mengikut peraturan yang dilakukan oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sebaik sahaja eskpo tersebut tamat pada malam tadi.
"Kami, MITC mohon maaf dan mengakui ini kesilapan teknikal membabitkan penyusunan gerai makanan tidak halal yang sepatutnya berada di ruang berasingan.
"Arahan itu juga dibuat selepas perbincangan bersama Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Mahani Masban," katanya.
Abdul Wahab berkata demikian ketika sidang media berhubung isu itu di MITC, pada Sabtu.
Jelasnya, ini merupakan insiden pertama yang berlaku selepas ekspo sama diadakan sejak empat tahun lalu.
"Kita juga akan lebih prihatin dan memastikan perkara yang menyentuh sensitiviti orang Islam tidak berulang pada masa akan datang," katanya.
Sementara itu, penganjur Lanceford Exhibition (M) Sdn Bhd, Dicky Lee berkata, eskpo itu sememangnya menyasarkan pelanggan bukan beragama Islam dan sebanyak 60 daripada 170 buah gerai menjual produk tidak halal.
Dalam pada itu, insiden yang tular sejak Jumaat malam bukan sahaja mendapat kecaman orang ramai malah menimbulkan kemarahan netizen.
Topic Berkaitan
#Abdul Wahab Ibrahim
#Babi
#bukan Islam
#Ekspo Tastefully Food & Beverage
#gerai
#haram
#Islam
#jabatan agama islam
#JAIM
#kesilapan teknikal
#makanan
#marah
#Melaka
#MITC
#netizen
#sertu
#susunan gerai
#tidak halal
#Tular
#tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan