awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi sedia laluan khusus untuk warga emas, OKU di Masjidil Haram
Pope Leo sedih Rusia enggan setuju gencatan senjata menjelang sambutan Krismas
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh kanak-kanak, remaja geng basikal lajak ditahan polis

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
18/03/2018
07:12 MYT
Tujuh kanak-kanak, remaja geng basikal lajak ditahan polis
Kesemua mereka berusia 10 hingga 14 tahun itu ditahan ketika sedang berlumba menuruni bukit di Jalan Titi Serong, Balik Pulau.
Padah berlumba dan menunggang basikal lajak secara berbahaya di atas jalan raya, tujuh geng kanak-kanak dan remaja lelaki di Balik Pulau, Pulau Pinang ditahan polis.
Kesemua mereka berusia 10 hingga 14 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya kira-kira jam 11 malam ketika sedang berlumba menuruni bukit di Jalan Titi Serong, Balik Pulau.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. A. Anbalagan memaklumkan, pihaknya telah menerima laporan daripada orang awam berhubung tindakan sekumpulan geng basikal lajak yang menunggang secara merbahaya di lokasi berkenaan.
Susulan itu, lima anggota trafik telah melakukan pemantauan dan berjaya menahan mereka sebelum dibawa ke Balai Polis Balik Pulau untuk diambil keterangan.
“Tindakan saman dikenakan ke atas mereka di bawah Kaedah 42(3) LN 166/59 - Kaedah Lalulintas 1959 sebelum dibebaskan,” katanya.
Dalam pada itu beliau menasihatkan orang ramai khususnya kanak-kanak supaya menghentikan segera aktiviti tersebut sebelum kecelakaan atau sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.
Beliau turut meminta kerjasama ibu bapa dalam menjaga dan memantau aktiviti anak masing-masing agar tidak terjebak dengan aktiviti yang boleh membahayakan nyawa mereka serta penggguna jalan raya yang lain.
Topic Berkaitan
#Asisten Superintendan A A Anbalagan
#Balik Pulau
#basikal lajak
#ditahan
#Jalan Titi Serong
#Kanak-kanak
#polis
#remaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan