Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Tujuh kes positif dan satu kluster baharu, ini intipati kenyataan media KKM

Tujuh kes positif dan satu kluster baharu, ini intipati kenyataan media KKM
Lima perkara yang anda perlu tahu pada kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. - Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Isnin melaporkan tujuh lagi kes baharu positif COVID-19 dikesan, dimana enam daripadanya adalah kes import dan satu kes penularan tempatan.

Turut dimaklumkan dalam kenyataan tersebut, iaitu terdapat satu kluster baharu telah dikesan di Melaka.

Berikut adalah intipati kenyataan media KKM yang perlu anda ketahui:

1) Terdapat tujuh kes baharu yang telah dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,725 kes.
2) Daripada tujuh kes baharu, enam kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua orang warganegara Malaysia dan empat bukan warganegara (pemastautin atau dibenarkan masuk ke Malaysia di atas urusan kerja).

3) Satu kes penularan di dalam negara pula adalah warganegara Malaysia iaitu kes daripada Kluster PUI Novgorod. Kluster ini telah dikenalpasti apabila terdapat kes ketiga yang dikesan positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat kepada kes kedua bagi kluster ini.
4) Kes pertama kluster ini merupakan seorang warganegara Malaysia (iaitu kes ke-8673) yang telah pulang ke Malaysia dari negara Rusia pada 5 Julai 2020. Keputusan saringan COVID-19 di Pintu Masuk Antarabangsa didapati positif dan beliau kemudiannya dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Kes kedua kluster ini iaitu kes ke-8718 merupakan rakan kepada kes ke-8673. Mereka telah menaiki pesawat yang sama, juga pada 5 Julai 2020.

5) Sehingga 13 Julai 2020, terdapat tiga kes positif dan 14 orang kontak rapat telah dikenalpasti dalam kluster ini. Semua 14 orang kontak rapat telah disaring dan dikesan negatif COVID-19. Siasatan dan akitiviti pengesanan kontak rapat secara aktif adalah diteruskan.



Tag: Kementerian Kesihatan, KKM, koronavirus, kes positif, kesihatan, siasatan, pesawat, Rusia, kluster baharu, COVID-19, Melaka



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.