Sebanyak tujuh sekatan jalan raya melibatkan kawalan dan pemeriksaan bersama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaksanakan di Putrajaya sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac hingga 14 April ini.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan berkata selain itu, pihak Perbadanan Putrajaya turut menutup tujuh lagi laluan yang menghubungkan Putrajaya dengan kawasan bersempadan dengannya termasuk Cyberjaya, Dengkil, Pinggiran Putra, Bangi dan Puchong.
Beliau berkata penutupan laluan yang menghubungkan Putrajaya itu dengan kawasan yang bersempadan adalah sebagai langkah kawalan tambahan bagi pelaksanaan PKP.
"Sejak PKP bermula pada 18 Mac lepas, belum ada sebarang tangkapan pelanggaran PKP di Putrajaya setakat ini. Tahap pematuhan masyarakat di Putrajaya kepada PKP adalah baik," katanya.
Antara kawasan yang terlibat dengan kawalan dan pemeriksaan PDRM dan ATM ialah Pintu 3, Persiaran Utara - hala keluar ke Puchong di Presint 9; Pintu 2, Persiaran Persekutuan - hala keluar ke Puchong di Presint 13; dan Persiaran Selatan-hala keluar ke Dengkil di Presint 5.
Penutupan laluan ke kawasan bersempadan Putrajaya antaranya ialah Jalan P5 iaitu menghala keluar/masuk ke Taman Cabaran dan Dengkil di Presint 5; Lebuh Wadi Ehsan menghala keluar Desa Pinggiran Putra di Presint 19; dan Persiaran Timur di susur keluar ke Desa Pinggiran Putra di Presint 16.
Menurut Rosly, pergerakan kenderaan di Putrajaya "sedikit sibuk" pada sebelah pagi dan petang melibatkan petugas yang terlibat dalam kategori perkhidmatan penting negara "essential services".
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 26 2020
Rosly berkata penutupan laluan yang menghubungkan Putrajaya itu dengan kawasan yang bersempadan adalah sebagai langkah kawalan tambahan bagi pelaksanaan PKP. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Laporan interim nahas helikopter TLDM dalam dua minggu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Tujuh sekatan jalan raya di Putrajaya, tujuh laluan bersempadan ditutup
Sebanyak tujuh sekatan jalan raya melibatkan kawalan dan pemeriksaan bersama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaksanakan di Putrajaya.
Polis Putrajaya lumpuhkan sindiket curi kereta dan pecah rumah
Polis Daerah Putrajaya berjaya menyelesaikan 30 kes curi kereta dan 10 kes pecah rumah di sekitar Putrajaya, Lembah Klang serta Kelantan.