awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tuk tuk hanya idea sahaja, belum buat keputusan - SPAD

Astro Awani
Astro Awani
16/01/2015
05:13 MYT
Tuk tuk hanya idea sahaja, belum buat keputusan - SPAD
Tuk tuk turut dikenali sebagai Autorick, Baby Taxi, Bajaj, Coco, Mototaxi, Pedicab atau Tempo di negara-negara lain di dunia - Gambar Fail
Ura-ura Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk memperkenalkan kenderaan roda tiga ‘tuk tuk’ adalah sekadar idea serta cadangan sahaja dan suruhanjaya itu belum lagi membuat sebarang keputusan mengenai penggunaannya.
Kata SPAD dalam satu kenyataan kepada Astro AWANI, cadangan awal adalah bagi memperkenalkan tuk tuk sebagai pengangkutan pengantara atau ‘feeder’ di luar kawasan pusat bandar dan bukan untuk kegunaan di dalam pusat bandar.
“SPAD tidak membuat keputusan bagi memperkenalkan tuk tuk dalam masa terdekat. Ia hanya cadangan awal bagi kegunaan dalam jarak pendek iaitu dari stesen LRT, KTM atau MRT pada masa hadapan ke kawasan berdekatan .
Bagaimanapun, cadangan ini masih memerlukan kelulusan daripada pelbagai pihak seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan serta masih perlu dinilai dari segi keselamatan,” kata kenyataan tersebut.
Kata kenyataan itu lagi, SPAD sentiasa terbuka menerima cadangan untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam darat di Malaysia dan SPAD turut bekerjasama dengan Jawatankuasa Pengangkutan Awam Darat yang ada di semua negeri bagi tujuan ini.
Pada Selasa, dalam laporan sebuah akhbar tempatan, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata bahawa beliau mempertimbangkan untuk memperkenalkan kenderaan yang popular di Indonesia dan Thailand itu pada penghujung tahun ini sebagai kenderaan alternatif yang lebih murah di pinggiran bandar.
“Tuk tuk sejenis kenderaan awam yang fleksibel dan sesuai dengan permintaan tinggi untuk perkhidmatan pengangkutan awam. Ia kos efektif, mudah untuk beroperasi dan boleh menawarkan tambang yang berpatutan untuk orang ramai terutamanya bagi pekerja, pelajar kolej dan pelajar sekolah.
Jika boleh, saya mahu melihatnya (dilaksanakan) secepat mungkin. Jauh lebih baik jika guna tuk tuk elektrik kerana ia adalah mesra alam dan lebih murah untuk beroperasi dalam jangka masa panjang,” katanya.
Cadangan tersebut dinyatakan Syed Hamid sebagai alternatif murah kepada perkhidmatan teksi merujuk kepada kegunaan sekitar lingkungan 10km sehingga 25 km dari pinggir bandar.
Sementara itu, memetik laporan media , Penasihat Persatuan untuk Penambahbaikan Pengangkutan Awam (TRANSIT) Moaz Ahmad berkata SPAD perlu memastikan perkhidmatan pengangkutan awam yang sedia ada berjalan dengan berkesan sebelum memperkenalkan sebarang jenis perkhidmatan baru.
"TRANSIT tidak bersetuju dengan idea tuk-tuk kerana ia tidak akan menawarkan keselesaan, kemudahan atau keselamatan berbanding teksi dan bas.
Persatuan itu turut menambah memperkenalkan pengangkutan awam jenis baru bukan penyelesaian kepada masalah-masalah semasa yang dihadapi," katanya.
Topic Berkaitan
#SPAD
#Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
#Syed Hamid Albar
#tuk tuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan