Keputusan kerajaan membenarkan perkhidmatan gunting rambut beroperasi semula mulai Rabu ini ternyata memberi kegembiraan kepada tukang gunting kerana mereka dapat 'bernafas semula' setelah tiada pendapatan hampir tiga bulan.
Pengasas Matt Barber Shop, Mohd Yusof Taib, 38, berkata meskipun prosedur operasi standard (SOP) yang diberikan agak ketat berbanding sektor lain, dia tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya seramai 60 pekerjanya dapat kembali bekerja.
"Saya kasihankan para pekerja kerana pendapatan mereka memang terjejas teruk. Segala SOP seperti perlu memakai apron pakai buang dan sarung tangan baharu untuk setiap pelanggan akan dipatuhi asalkan mereka boleh kembali bekerja.
"Bagi pihak saya pula walaupun sepanjang PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) tiada sebarang pendapatan tetapi terpaksa menanggung lebih RM30,000 sebulan termasuk kos sewa premis, bil internet dan sebagainya. Sehinggakan terpaksa membuat pinjaman kerana simpanan yang ada mulai menyusut," katanya ketika ditemui Bernama, di sini, pada Ahad.
Namun, Mohd Yusof mengakui akan menaikkan caj sebanyak RM5 untuk setiap perkhidmatan di 10 cawangan kedai guntingnya di Terengganu dan Kuantan, Pahang bagi menampung kos penyediaan peralatan pematuhan SOP seperti membeli cecair pembasmi kuman, apron pakai buang dan sarung tangan.
"Hendak buka semula kedai pada Rabu ini pun lebih kurang RM2,000 terpaksa diperuntukkan untuk setiap cawangan bagi membeli peralatan keselamatan dan kos upah untuk operasi nyahkuman. Tukang gunting juga terpaksa tukar apron pakai buang dan sarung tangan untuk setiap pelanggan.
"Semua peralatan seperti gunting dan pisau cukur perlu dinyahkuman setiap kali bertukar pelanggan dan kita terpaksa menggunakan cecair pembasmi kuman yang berkualiti dan sedikit mahal bagi memastikan peralatan tidak mudah berkarat. Jadi, kita harap pelanggan faham kenapa caj tambahan terpaksa dikenakan," katanya.
Selain itu, Mohd Yusof berkata pihaknya menjangkakan akan hanya menerima sehingga 70 pelanggan dalam sehari berbanding lebih 100 sebelum ini berikutan terpaksa mengurangkan jumlah pelanggan dalam satu-satu masa bagi mematuhi jarak antara kerusi tukang gunting, sekurang-kurangnya dua meter.
Semua pekerja akan diberikan taklimat secara berperingkat mulai esok bagi memastikan mereka betul-betul memahami dan mematuhi segala SOP yang ditetapkan.
Dalam pada itu, Mohd Yusof menyeru kepada semua pemilik kedai gunting rambut supaya mematuhi SOP yang diberikan bagi memastikan kebenaran untuk beroperasi ini tidak akan ditarik semula.
"Memang SOP agak ketat tetapi kita kena patuhi. Bayangkan kalau kita tidak ikut (SOP) dan kes COVID-19 meningkat semula atau wujudnya kluster gunting rambut, kita terpaksa tutup kedai dan tanggung kerugian lagi," katanya.
Sementara itu, Ahmad Tarmizi Abdul Rashid, 36, yang mempunyai dua cawangan kedai gunting rambut di sekitar Kuala Terengganu berkata pihaknya tidak mahu tergesa-gesa membuka kedai pada Rabu ini dan akan hanya kembali beroperasi pada 15 Jun nanti.
Hal ini kerana beliau mahu betul-betul memahami SOP menggunting rambut pelanggan yang dikenakan dan ingin melihat terlebih dahulu kaedah keselamatan dan kebersihan yang diamalkan oleh kedai gunting rambut yang lain.
"Saya tengok SOP agak ketat jadi saya mahu 'study' (kaji) dahulu sebab takut kalau kita tidak ikut SOP bukan sahaja kena saman tetapi berisiko berlakunya penyebaran COVID-19. Malah, ada juga pekerja saya yang masih risau akan keselamatan diri apabila kembali bekerja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 07 2020
Mohd Yusof Taib (kiri) memantau demontrasi gunting rambut oleh pekerjanya, Ibrahim Taib, 31, (kanan) agar mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sebelum memulakan operasi pada Rabu ini ketika tinjauan hari ini. - Bernama
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.