awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis buru tiga lelaki larikan peti besi 100 kilogram
Reformasi MADANI perlu lebih daripada pendekatan rutin, kata PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tukar bahagian pilihan raya ikut maklumat e-dompet tidak benar - SPR

Bernama
Bernama
24/01/2020
21:52 MYT
Tukar bahagian pilihan raya ikut maklumat e-dompet tidak benar - SPR
AZHAR: SPR ingin menegaskan bahawa dakwaan yang tular ini adalah palsu dan tidak benar. - Gambar fail
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan dakwaan ada pengundi ditukarkan bahagian pilihan raya berdasarkan alamat yang dikemas kini di aplikasi e-dompet yang tular di media sosial adalah palsu dan tidak benar.
Pengerusi SPR Datuk Azhar Azizan Harun berkata SPR tidak boleh menukarkan bahagian pilihan raya mana-mana pemilih berdaftar tanpa pengetahuan pemilih berkenaan.
"Berikutan daripada hantaran tersebut, talian penting SPR dihubungi oleh pengundi yang merupakan pengguna aplikasi berkenaan untuk mengesahkan maklumat yang telah disebarkan.
"Dalam hal ini, SPR ingin menegaskan bahawa dakwaan yang tular ini adalah palsu dan tidak benar," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Azhar berkata berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, mana-mana pemilih berdaftar yang hendak menukar bahagian pilihan raya mereka perlu membuat permohonan menukar bahagian pilihan raya melalui saluran pendaftaran disediakan SPR iaitu di Ibu Pejabat SPR, Pejabat SPR negeri, semua Pejabat Pos di seluruh negara atau memohon secara dalam talian MySPR Daftar di https://mysprdaftar.spr.gov.my.
Beliau berkata pertukaran bahagian pilihan raya bagi mana-mana pengundi bukan secara automatik sebagaimana dakwaan yang tular di media sosial .
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#alamat
#Azhar Azizan Harun
#bahagian pilihan raya
#e-dompet
#palsu
#Pengerusi SPR
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#tukar bahagian pilihan raya
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan