awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guatemala catat penurunan deportasi 23 peratus, 55,000 warga dihantar pulang sepanjang 2025
Beyonce kini bergelar bilionair, kukuhkan status ikon global - Forbes
George Clooney, Amal dan anak kembar terima kewarganegaraan Perancis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tular mesej empat lelaki menyamar jual mentol sebelum rompak

Sinar Harian
Sinar Harian
17/06/2019
00:34 MYT
Tular mesej empat lelaki menyamar jual mentol sebelum rompak
Mesej tular mengenai penyamaran empat lelaki bertujuan merompak rumah penduduk. - Foto Sinar Harian
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah menggesa orang ramai tampil membuat laporan polis sekiranya mempunyai maklumat berhubung kes rompakan rumah dilakukan empat lelaki yang menyamar sebagai pekerja syarikat pembekal mentol penjimatan elektrik.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, ini berikutan penularan kejadian itu menerusi aplikasi WhatsApp sejak Sabtu.
Menurutnya, sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat oleh orang awam berhubung kes berkenaan.
"Untuk makluman, polis juga tidak pernah mengeluarkan sebarang amaran mengenai kejadian itu melalui WhatsApp.
"Bagaimanapun kita meminta mana-mana pihak tampil menyalurkan maklumat atau membuat laporan polis jika berlaku kejadian seperti dinyatakan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Dalam mesej tular itu dimaklumkan bahawa terdapat sekumpulan tiga ke empat lelaki akan melawat ke rumah penduduk mendakwa mereka daripada syarikat air mahu memasang topi pancuran bagi penjimatan air atau syarikat elektrik mahu menukar mentol elektrik penjimatan tenaga secara percuma.
Mesej yang dikatakan dikeluarkan IPD Tapah itu turut mengingatkan penduduk agar tidak membenarkan lelaki berkenaan masuk ke rumah kerana dipercayai perompak bersenjata.
Turut disebarkan adalah empat keping MyKad dipercayai mewakili empat individu yang dinyatakan terlibat dalam sindiket berkenaan. - Agensi
Topic Berkaitan
#Jual mentol
#lelaki
#Perak
#polis
#siasatan
#sindiket
#Tapah
#Tular
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan