Tular hantaran di Facebook kononnya bayaran RM1 tidak lagi digunakan di hospital kerajaan dan skim insurans dengan penolakan lima peratus dari gaji bulanan akan dimulakan tahun depan.
Hantaran itu juga memaklumkan semua rakyat Malaysia akan dikenakan skim ini tanpa sebarang pengecualian dengan disertakan keratan akhbar tempatan bertajuk ‘Skim insurans kesihatan akan dilaksana Januari 2019’.
Mengulas lanjut mengenai dakwaan itu, Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan kenyataan yang tular dalam media sosial itu tidak benar dan spekulasi semata-mata.
Menurutnya, kenyataan yang mengatakan lima peratus daripada pendapatan bulanan akan ditolak bagi membiayai Skim Perlindungan Kesihatan B40 adalah tidak benar termasuk pemansuhan bayaran RM1 dan RM5 di fasiliti kesihatan kerajaan.
“Untuk makluman, rakyat yang dikategorikan di bawah B40 akan dibiayai sepenuhnya di dalam skim ini atau diberikan subsidi penuh oleh kerajaan.
“Dalam pada itu, perkhidmatan kesihatan dan perubatan di semua klinik dan hospital kerajaan adalah dikekalkan dan diteruskan seperti biasa.
“Pihak KKM mengambil kesempatan ini untuk menyarankan masyarakat supaya tidak mempercayai spekulasi dan fitnah yang dikeluarkan segelintir pihak tertentu bagi mengelakkan kekeliruan serta salah faham,” katanya.
Sinar Harian
Tue Aug 28 2018
Paparan skrin tular berkenaan yang disertakan dengan keratan akhbar. -Foto Sinar Harian
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Malaysia kekal komited usaha reformasi ekonomi, terima inovasi dan pembangunan mampan
Malaysia kekal komited dalam usaha mereformasi ekonomi dan pada masa sama, bersedia menerima inovasi serta pembangunan mampan, kata TPM Fadillah.
PSM adakan mesyuarat pascanilai padang SNBJ awal minggu depan
Perbadanan Stadium Malaysia bakal mengadakan mesyuarat pascanilai (post-mortem) berkenaan isu padang SNBJ pada awal minggu hadapan.
Nyawa tiada nilai, maruah pula dibuat main oleh Israel
Sudahlah kejam, jijik, tidak beradap pula. Tidak cukup dengan kekejamannya membunuh berpuluh ribu rakyat Palestin, nyawa manusia di bumi Gaza itu bagaikan tiada nilai buat mereka. Dalam beberapa video yang tular baru-baru ini, tentera Israel dengan bangganya memperolok maruah rakyat Palestin dengan bermain pakaian dalam wanita yang ditemui di rumah-rumah penduduk di situ.
Libya giat langkah kumpul derma untuk Gaza
Libya tampil dengan beberapa inisiatif mengumpul dana untuk dihantar ke Gaza.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Kisah bayi Leila Jeneid bukti Israel tidak berhati perut
Leila Jeneid, bayi yang berusia dua bulan belum lagi berkesempatan merasai nikmat hidup dan mendapat pelukan mesra keindahan dunia. Baru sahaja mencelik mata, dia sudah diuji dengan kesengsaraan kekurangan zat sehingga menyebabkannya berakhir di hospital.
TikTok perkenal pusat pilihan raya bagi tangani info palsu
TikTok merancang untuk melancarkan pusat pilihan raya dalam talian di platform itu sebagai sebahagian daripada usaha menyokong integriti pilihan raya sepanjang 2024.
Lebih daripada dua bilion orang dalam lebih 50 negara dijangka keluar mengundi tahun ini dan pusat pilihan raya itu akan digunakan untuk menunjukkan kepada orang ramai maklumat yang boleh dipercayai.
Lebih daripada dua bilion orang dalam lebih 50 negara dijangka keluar mengundi tahun ini dan pusat pilihan raya itu akan digunakan untuk menunjukkan kepada orang ramai maklumat yang boleh dipercayai.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat 27 Mac susulan cuaca panas.
Puluhan wau 'warnai' langit malam Kampung Panchor
Cuaca panas yang melanda Kedah sejak kebelakangan ini dilihat sedikit sebanyak merubah rutin seharian penduduk setempat. Di Kampung Panchor, Pendang, sekumpulan anak muda telah memulakan satu aktiviti yang jarang dilihat di kawasan lain iaitu bermain wau pada waktu malam.
Dua jasad dari enam mangsa hilang ditemukan
Dua jasad daripada enam pekerja pembinaan yang hilang dalam insiden jambatan yang runtuh di Baltimore, Amerika Syarikat telah ditemukan pada Khamis.
Tular tak perlu bayar RM1 di hospital kerajaan tidak benar!
Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan kenyataan yang tular dalam media sosial itu tidak benar dan spekulasi semata-mata.