Tutup

Tulisan bekas timbalan gabenor BNM panduan sewaktu ketidaktentuan ekonomi

Tulisan bekas timbalan gabenor BNM panduan sewaktu ketidaktentuan ekonomi
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyampaikan buku hasil karya Tan Sri-Lin See Yan kepada wakil tuan rumah - Foto: Astro AWANI
PETALING JAYA: Informasi dan pandangan tentang cabaran dan ketidaktentuan global berhubung ekonomi dan politik merupakan antara intipati yang terkandung dalam 'Trying Troubled Times Amid Trauma & Tumult', hasil nukilan bekas timbalan gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Lin See Yan.

Buku setebal 410 muka surat terbitan Pearson itu turut menampilkan cara-cara menangani cabaran yang dihadapi dunia dari segi ekonomi dan politik, kepantasan perubahan teknologi dan pemanasan global.
“Pada masa yang mencabar ini, ilmu pengetahuan dan pandangan dari seorang pakar ekonomi berpengalaman seperti Tan Sri Lin adalah penting demi menangani risiko yang datang seiring ketidaktentuan ini.

“Pandangan Lin boleh dijadikan garis panduan dalam persediaan menghadapi kemelesetan global, mata wang digital serta pelbagai isu berkaitan negara seperti cara-cara memperbaiki sistem pendidikan negara," titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah ketika ucapan baginda di majlis pelancaran di sini pada Rabu.
Sultan Nazrin turut mencemar duli melancarkan acara yang berlangsung di Sunway University di sini, pada Rabu.

Bagi menyempurnakan majlis, baginda turut menyampaikan buku kepada Canselor Sunway University Tan Sri Jeffrey Cheah, selaku tuan rumah dan Ng Hong Soon selaku pengarang buku itu.

Sebelum ini, See Yan pernah menghasilkan dua buah buku berjudul, The Global Economy in Turbulent Times pada tahun 2015 dan Turbulence in Trying Times. What Are We to Do? pada tahun 2017.

See Yan merupakan rakan kepada Sultan Nazrin dan pernah bertugas sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia selama 14 tahun serta menjadi penasihat kepada enam Perdana Menteri lalu, bermula dari Bapa Kemerdekaan, Almarhum Tunku Abdul Rahman.


Tag: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, Bank Negara, Bank Negara Malaysia, ekonomi, politik, pendidikan, menteri, buku



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.