Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, meninjau lokasi perhimpunan kesyukuran penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) selepas ia berakhir petang Sabtu.

Video yang berdurasi seminit itu memperlihatkan Dr Mahathir memandu kereta jenis Proton, berdasarkan logo yang tertera di stereng kereta berkenaan.

Tiada kenyataan direkodkan dalam video berkenaan, cuma bunyi siren dari pengiring polisnya boleh didengar dalam video berkenaan.

Dr Mahathir dilihat memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 sekitar Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail dengan bunyi siren polis pengiring dapat didengari.

Himpunan ICERD yang berakhir petang tadi berlangsung aman tanpa berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.