awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Dr Mahathir pengerusikan mesyuarat pertama MPN

Bernama
Bernama
21/01/2020
14:39 MYT
Tun Dr Mahathir pengerusikan mesyuarat pertama MPN
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Produktiviti Negara (MPN) bagi tahun 2020. Foto: Astro AWANI/ Shahir Omar
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Produktiviti Negara (MPN) bagi tahun 2020.
Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Mohd Zuki Ali melalui laman Instagramnya berkata MPN merupakan satu platform yang membincangkan hala tuju strategik bagi memperkasa agenda produktiviti negara dalam memacu pertumbuhan ekonomi mapan dan inklusif untuk mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Mohd Zuki turut memuat naik dua keping gambar mesyuarat berkenaan.
Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata MPN dihidupkan semula pada Februari 2019 bagi menetapkan panduan dan hala tuju strategik untuk memacu produktiviti negara secara menyeluruh.
"Keanggotaan MPN telah disusun semula supaya keahliannya terdiri daripada golongan berpengalaman dan berkepakaran untuk mengenal pasti isu dan masalah produktiviti di semua peringkat," katanya di laman Twitter beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Produktiviti Negara
#mesyuarat
#MPN
#Perdana Menteri
#Tun Dr Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan