Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan ucapan takziah beliau susulan pemergian Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Md Farid Md Rafik yang meninggal dunia pagi tadi.

Tun Dr Mahathir turut menyifatkan kehilangan Allahyarham merupakan kehilangan besar buat negara.

Pemergian Allahyarham begitu dirasai memandangkan Allahyarham dilihatnya sebagai seorang yang muda dan berwibawa.

“Allahyarham masih muda, takziah buat semua keluarga,” katanya.

Terdahulu beliau menghadiri solat jenazah Allahyarham Datuk Dr Md Farid di Masjid Noh Gadut di Serkat, Pontian sebelum mengiringi jenazah ke Tanah Perkuburan Islam Wakaf Hj Ahmad Kampung Chokoh selepas solat Asar.

Sementara itu, Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal mengesahkan Allayarham meninggal disebabkan menghidapi komplikasi jantung.

Jenazah Allahyarham sebelum itu dibawa pulang ke kediaman ibunya di Kampung Serkat Laut kira kira pukul 3 petang tadi.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.