Tutup

Tun M buat penampilan istimewa video muzik 'Anak Bangsa Malaysia'

Tun M buat penampilan istimewa video muzik 'Anak Bangsa Malaysia'
Video muzik berdurasi 4 minit 12 saat nyanyian Hazama Ahmad Azmi atau nama pentasnya, Hazama itu dimuat naik dalam laman Facebook rasmi Dr Mahathir, pada Ahad malam. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bersempena sambutan Hari Malaysia pada Isnin, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat penampilan istimewa dalam video muzik lagu patriotik berjudul 'Anak Bangsa Malaysia' untuk tatapan umum, mulai hari ini.

Video muzik berdurasi 4 minit 12 saat nyanyian Hazama Ahmad Azmi atau nama pentasnya, Hazama itu dimuat naik dalam laman Facebook rasmi Dr Mahathir, pada Ahad malam.

Negarawan itu kelihatan muncul di penghujung video muzik berkenaan dengan bait-bait kata:

Bangsa kita bangsa merdeka,
Gagah dan kuat kerna kepelbagaian,

Dari yang banyak menjadi satu,
Membawa negara ke persada dunia,

Walaupun terdapat perbezaan,

Tembok pemisah kita robohkan,

Bersatu padu tanpa kira warna kulit,

Kerana kita adalah...

Anak Bangsa Malaysia!

 

Video muzik itu turut memaparkan pertemuan Dr Mahathir dengan Presiden Rusia Vladimir Putin sempena Forum Ekonomi Timur Ke-5 (EEF) di Vladivostok, Rusia, baru-baru ini.

Lirik dan lagu Anak Bangsa Malaysia itu dihasilkan Amin Iskandar.

Sambutan Hari Malaysia 2019 akan berlangsung di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak, malam esok.

-- BERNAMA


Tag: Hari Malaysia, Perdana Menteri, Anak Bangsa Malaysia, muzik video, penampilan istimewa, Hazaman featuring Dr Mahathir



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.