awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun M, pemimpin pembangkang tandatangani 'Deklarasi Rakyat' desak Najib letak jawatan

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
04/03/2016
08:22 MYT
Tun M, pemimpin pembangkang tandatangani 'Deklarasi Rakyat' desak Najib letak jawatan
Dr Mahathir hari ini menandatangani deklarasi bersama bekas pemimpin kanan negara, pemimpin pembangkang, aktivis politik dan ketua badan bukan kerajaan (NGO). -Astro AWANI / Irwan Felany
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menandatangani deklarasi bersama dengan bekas pemimpin kanan negara, pemimpin pembangkang, aktivis politik dan ketua badan bukan kerajaan (NGO).
Deklarasi yang dinamakan ‘Citizen’s Declaration’ atau ‘Deklarasi Rakyat’ itu ditandatangani bagi memberi tekanan kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletak jawatan.
Deklarasi itu mengandungi empat tuntutan:
1. Penyingkiran Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia tanpa menggunakan kekerasan dan undang-undang yang dibenarkan
2. Menyingkirkan semua orang yang bekerjasama dengannya
3. Pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian yang dibuat baru-baru ini yang melanggar hak-hak asasi yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan pilihan dasar
4. Mengembalikan integriti institusi yang telah dilemahkan, seperti polis, SPRM , Bank Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Deklarasi itu ditandatangani 58 pemimpin dan bekas pemimpin.
Berikut senarai mereka yang menandatangani deklarasi tersebut:
1. Tun Dr Mahathir Mohamad 2. Tun Dr Ling Liong Sik 3. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali 4. Tan Sri Muhyiddin Yassin 5. Tengku Razaleigh Hamzah 6. Datuk Seri Mukhriz Mahathir 7. Mohamad Sabu 8. Lim Kit Siang 9. Mustafa Ali 10. Datuk Ambiga Sreenivasen 11. Datuk Seri Zaid Ibrahim 12. Nurul Izzah Anwar 13. Datuk Mahfuz Omar 14. Tan Sri Sanusi Junid 15. Datuk Kamaruddin Jaafar 16. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib 17. Tan Sri Samsuri Arshad 18. Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman 19. Tan Sri Abu Talib Othman 20. Tan Sri Aziz Yassin 21. Ariff Sabri 22. Teresa Kok 23. Anthony Loke 24. Tian Chua 25. Datuk Seri Ahmad Said 26. Datuk A. Kadir Jasin 27. Salahuddin Ayub 28. Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa 29. Datuk Husam Musa 30. Dr Hatta Ramli 31. Rafizi Ramli 32. Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Ghazali 33. Dr Mariah Mahmud 34. Datuk Raja Kamarul Bahrin 35. Dr Dzulkifli Ahmad 36. Datuk Saifudin Nasution Ismail 37. Datuk fauzi Andul rahman 38. Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin 39. Al-Fadhil Ustaz Hassanudin Haji Yunus 40. Haji Mohamad Anuar Mohamad tahir 41. Maria Chin Abdullah 42. Cynthia Gabriel 43. Dr Syed Azman 44. Tommy Thomas 45. Datuk Hamidah Osman 46. Kamarul Azman Habibur Rahman 47. Datuk Omar Osman 48. Syed Saddiq Syed Abdul rahman 49. Zaid Mat Arip 50. Tamrin Tun Ghafar 51. Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan 52. Puan Anina Saadudin 53. Tun Daim Zainuddin 54. Datuk Seri Shafie Apdal 55. Tan Sri Zaman Khan 56. Matthias Chang 57. Hishammudin Rais
Antara bekas pemimpin kanan yang hadir adalah bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir, bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik, dan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.
Sementara itu, antara pemimpin pembangkang yang hadir pula adalah penasihat DAP Lim Kit Siang, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dan Ketua Penerangan Pas Datuk Mahfuz Omar.
Turut kelihatan aktivis politik Hishamuddin Rais dan Ambiga Sreenivasan.
Topic Berkaitan
#Ambiga
#Citizens Declaration
#Deklarasi Rakyat
#Dr Mahathir
#Hishamuddin Rais
#Muhyiddin
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan