Tutup

Tun M terbuka jika ada usul undi tidak percaya

Tun M terbuka jika ada usul undi tidak percaya
Kata Dr Mahathir, beliau tidak tahu siapa yang tidak menyokong kepimpinannya sebagai Perdana Menteri. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
BANGI: Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan keterbukaannya untuk mana-mana Ahli Parlimen mengemukakan undi tidak percaya terhadap kepimpinan beliau.

Perdana Menteri yang tidak tahu siapa yang tidak menyokongnya berkata, sekiranya tindakan itu benar-benar dibuat, beliau akan mematuhi segala keputusan yang dibuat berlandaskan undang-undang.

“Apa yang saya tahu, PAS kata mereka sokong saya, terima kasih. UMNO juga kata mereka sokong saya, terima kasih.

“Saya tak tahu siapa lagi yang tidak menyokong saya. Kalau mereka tak sokong saya, mereka boleh kemukakan resolusi (usul) undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri dan saya akan patuhi undang-undang,” katanya pada sidang media di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini.
Beliau sebelum itu menyampaikan ucaptama pada KonvensyenMalaysia Future Leaders School (MFLS) hari ini.

Ditanya berkenaan cadangan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Anuar Musa supaya Dr Mahathir memilih antara UMNO atau DAP, ini jawab Dr Mahathir.
“Kalau dia (Annuar Musa) tak rosakkan UMNO, saya pilih UMNO lah. Tapi pasai dia dan kawan-kawan dia (termasuk) Datuk Seri Najib Tun Razak guna UMNO untuk cari duit, takkan saya nak masuk parti macam itu,” ujar Dr Mahathir dalam nada sinis.


Tag: Mahathir Mohamad, sedia terima usul tidak percaya, kepimpinan, Perdana Menteri



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.