awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun M tiba di Ankara, mula lawatan rasmi empat hari ke Turki

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
24/07/2019
17:34 MYT
Tun M tiba di Ankara, mula lawatan rasmi empat hari ke Turki
Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboga di Ankara. --fotoBERNAMA
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboga di sini pada jam 7.45 malam waktu tempatan (12.45 pagi Khamis waktu Malaysia) bagi memulakan lawatan rasmi empat hari ke Turki.
Beliau yang diringinya isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, tiba dengan menaiki pesawat khas dari Kuala Lumpur, disambut oleh Menteri Industri dan Teknologi Turki, Mustafa Varank dan Gobenor Ankara Vasip Sahin.
Turut menyambut, Menteri Luar Malaysia Datuk Saifuddin Abdullah dan Duta Besar Malaysia ke Turki, Datuk Abd Razak Abdul Wahab, Menteri Industri dan Teknologi Turki Mustafa Varank dan Gabenor Ankara Vasip Sahin.
Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah kemudiannya dibawa ke hotel penginapan di bandar pusat pentadbiran Kerajaan Turki ini.
Sebelum itu, Dr Mahathir sempat mengadakan pertemuan singkat dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di lapangan terbang tersebut.
Tun Dr @chedetofficial tiba di Hotel JW Marriot untuk lawatan rasmi empat hari di Turki. Lawatan Dr. Mahathir ke negara itu adalah di atas jemputan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan. @501Awani pic.twitter.com/aUq2Y9nWcf
— Wan Syamsul Amly (@wansyamsulamly) July 24, 2019
Lawatan rasmi ini, atas jemputan Erdogan, merupakan lawatan pertama Dr Mahathir ke Turki sejak dilantik semula sebagai Perdana Menteri.
Kedua-dua pemimpin dijangka mengadakan mesyuarat bersama di Kompleks Presiden, di sini, dan disusuli perbincangan dua hala antara delegasi Malaysia dan Turki.
Dr Mahathir dan Erdogan mengadakan pertemuan singkat di di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboga sebaik Perdana Menteri tiba di sana. --fotoBERNAMA
Dr Mahathir dan Erdogan mengadakan pertemuan singkat di di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboga sebaik Perdana Menteri tiba di sana. --fotoBERNAMA
Dr Mahathir mempunyai jadual yang padat semasa di Turki, dengan pelbagai mesyuarat dan temubual dengan media di sini dan Istanbul; bermula dengan upacara meletakkan kalungan bunga di makam Mustafa Kamal Ataturk, pengasas dan Presiden pertama Turki, di Anitkabir di sini pada Khamis.
Selepas itu, Dr Mahathir akan melawat Turkish Aerospace Industries (TAI), pusat teknologi Turki dalam aspek reka bentuk, pembangunan, pemodenan, pembuatan, integrasi; dan sokongan kitaran hayat sistem aeroangkasa bersepadu; meliputi platform udara sayap tetap dan sayap berputar; serta UAV dan satelit.
Pada hari sama, Dr Mahathir dijadual mengadakan pertemuan empat mata dengan Erdogan, diikuti mesyuarat delegasi Malaysia-Turki.
Selepas Ankara, Dr Mahathir akan terbang ke Istanbul pada pagi Jumaat.
Dif-dif jemputan dan pegawai kedutaan Malaysia di Ankara menanti kehadiran Tun Dr @chedetofficial di Hotel JW Marriot, Ankara sempena lawatan rasmi empat hari perdana menteri ke Turki. @501Awani pic.twitter.com/jj4S3wVY4n
— Wan Syamsul Amly (@wansyamsulamly) July 24, 2019
Pesawat yang membawa beliau akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen di Istanbul, lapangan terbang yang diurus dan ditadbir oleh Malaysia Airports Holdings Berhad, di mana Perdana Menteri juga akan dibawa meninjau lapangan terbang berkenaan.
Pada hari sama, Dr Mahathir akan menghadiri perbincangan Meja Bulat Peneraju Industri melibatkan kira-kira 35 syarikat utama Turki, dan kemudiannya menghadiri majlis jamuan teh dengan diaspora Malaysia di Turki.
Selain Saifuddin, Perdana Menteri akan diiringi dua lagi menteri semasa lawatan ini, iaitu Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ignatius Darell Leiking.
Lawatan rasmi Dr Mahathir ke Turki bertujuan untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala yang sedia terjalin antara dua negara, di mana hubungan diplomatik antara kedua-dua negara sudah terjalin sejak 1964.
Turki adalah rakan ekonomi yang penting bagi Malaysia.
Pada 2018, jumlah dagangan antara kedua-dua negara mencatatkan RM9.79 bilion. Eksport Malaysia ke Turki mencecah RM7.97 bilion sementara import dari Turki berjumlah RM1.82 bilion.
Topic Berkaitan
#Ankara
#hubungan diplomatik
#Hubungan dua hala
#Istanbul
#Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboga
#lawatan rasmi
#Mahathir Mohamad
#mesyuarat
#Recep Tayyip Erdogan
#Saifuddin Abdulah
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan