awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ekonomi Malaysia dijangka kekal berdaya tahan pada 2026, OPR tidak berubah -- Penganalisis
Dilema dihadapi 'whistleblower' punca gejala rasuah terus berakar umbi - Pakar
Pendigitalan gagal jika syarikat tidak ubah cara kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Mahathir bukan negarawan - Rahman Dahlan

Media Statement
Media Statement
29/09/2016
13:28 MYT
Tun Mahathir bukan negarawan - Rahman Dahlan
Menurut Abdul Rahman, Dr Mahathir menunjukkan beliau bukan negarawan, tetapi mengaibkan Malaysia. Kenyataannya semakin terdesak dan tidak waras. - Gambar fail
KEJAYAAN lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ke Jerman minggu ini membuktikan betapa tersasarnya dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya Malaysia menuju kegagalan.
Mungkin untuk menutup rasa malu itu, serangan Dr Mahathir kini semakin menjelikkan. Beliau bukan sama membandingkan Perdana Menteri dan semua yang berada dalam kerajaan sebagai Nazi, tetapi melakukannya ketika Perdana Menteri berada di Jerman.
2. Jerman telah menebus masa silamnya dan membina demokrasi yang menjadi contoh kepada banyak pihak. Justeru, tidak wajar untuk menghina sebuah negara dan mengungkit segala sejarah lampaunya yang memeritkan semata-mata untuk mendapat kelebihan politik.
3. Sekali lagi, Dr Mahathir menunjukkan beliau bukan negarawan, tetapi mengaibkan Malaysia. Kenyataannya semakin terdesak dan tidak waras.
Adalah amat memalukan melihat seorang bekas Perdana Menteri memusnahkan legasi sendiri dan mendedahkan dirinya sebagai seorang yang kecewa dan pendendam.
Beliau marah kerana perancangannya gagal untuk mengguling Kerajaan yang dipilih secara demokratik supaya anaknya dapat menjadi Perdana Menteri.
4. Baik bekas Perdana Menteri mahu pun yang masih memegang jawatan, mereka tidak sewajarnya berada dalam kancah politik picisan. Bagaimanapun, Dr Mahathir kelihatan berasa amat selesa berada di situ.
5. Mujurlah Dr Mahathir tidak lagi memimpin Malaysia. Beliau menimbulkan kebencian dan menyinggung banyak perasaan di Jerman - negara yang membawa kumpulan pelabur Eropah terbesar ke Malaysia tahun lalu. Pelaburan keseluruhan Jerman bernilai AS$11.4 bilion.
Perdana Menteri Malaysia menjadi tetamu kehormat Canselor Angela Merkel, bersama berusaha ke arah meningkatkan kepentingan ekonomi dan keselamatan Malaysia serta rakyatnya.
Datuk Abdul Rahman Dahlan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Topic Berkaitan
#Angela Merkel
#Dr Mahathir
#Jerman
#Najib Tun Razak
#Nazi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan