awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Mahathir desak Najib lantik saya, dakwa Shafee

Sinar Harian
Sinar Harian
08/09/2018
11:39 MYT
Tun Mahathir desak Najib lantik saya, dakwa Shafee
Pendedahan Shafee ini sebagai menafikan maklumat baharu daripada Pejabat Peguam Negara yang mendakwa beliau menerima RM9.5 juta daripada Najib sebelum perbicaraan kes liwat tersebut. - Gambar fail
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa telah mendesak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar melantik Tan Sri Shafee Abdullah sebagai pendakwa raya khas dalam perbicaraan kes liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Shafee dalam satu kenyataan hari ini mendakwa, Najib sebenarnya tidak begitu berminat dengan idea pelantikannya itu.
“Sebab beliau (Najib) mahu jaga hati Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Gani Patail. Malah beliau paling keberatan.
“Tapi Tun Mahathir beria mahu saya dilantik sebagai pendakwa raya khas dalam kes Anwar sebab beliau (Tun Mahathir) tidak yakin Pejabat Peguam Negara boleh menang.
“Mungkin sebab mereka telah kalah dalam kes liwat II di Mahkamah Tinggi sebelum itu. Mereka juga kalah sebelumnya di mahkamah Persekutuan dalam kes liwat I,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut Shafee lagi, beliau telah dipanggil ke Yayasan Perdana di Putrajaya pada tahun 2013 untuk bertemu dengan Mahathir.
“Tun Mahathir beritahu saya sendiri Najib baru meninggalkan Yayasan Perdana selepas beliau berjaya memujuk Najib agar meyakinkan Peguam Negara melantik saya. Bagi kes itu.
“Matthias Chang (bekas setiausaha politik Tun Mahathir) kata pada saya, pelantikan saya ini salah satu daripada enam permintaan Tun Mahathir kepada Najib, kalau tak beliau akan menentang Najib,” katanya.
Pendedahan Shafee ini sebagai menafikan maklumat baharu daripada Pejabat Peguam Negara yang mendakwa beliau menerima RM9.5 juta daripada Najib sebelum perbicaraan kes liwat tersebut.
Kelmarin, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa sudah menerima afidavit mengesahkan dakwaan pembayaran dibuat kepada Shafee yang ditandatangani oleh pegawai Jabatan Peguam Negara.
Katanya, pelantikan seorang pendakwa raya bukanlah amalan biasa bagi Peguam Negara dan lebih ganjil lagi yang dilantik itu seorang kenalan rapat Najib.
Kata Anwar lagi, apabila Shafee menerima RM 9.5 juta dari akaun peribadi Najib sewaktu beliau bertugas sebagai pendakwa raya dalam rayuan kes, ia menghancurkan kredibilitinya sebagai seorang ejen Jabatan Peguam Negara yang tidak berat sebelah.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#liwat
#Mahathir Mohamad
#Mahkamah Persekutuan
#Matthias Chang
#Najib Razak
#Peguam Negara
#Perdana Menteri
#Putrajaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan