Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memainkan peranan yang sangat penting menjaga negara dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pula bertanggungjawab terhadap usaha membawa reformasi institusi Parlimen.

Bakal Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap semua pihak memahami perbezaan peranan antara beliau dan Dr Mahathir.

"Beliau patut teruskan menerajui negara selaku PM dengan sokongan bulat PH dan saya akan ke Parlimen dalam tempoh terdekat untuk membantu dalam urusan reformasi parlimen kerana ini juga penting.
Kerajaan perlu stabil dan apa yang penting ialah janji Pakatan Harapan kepada rakyat


"Ada dua tugas yang berbeza, saya jaga parlimen dan Tun Dr Mahathir jaga negara. Bukankah baik begitu?” kata Anwar dalam temubual di dalam program AI terbitan Astro AWANI.


Kenyataan Anwar itu sebagai menamatkan segala persepsi dan dakwaan kononnya wujud komplot serta konspirasi untuk menyekat beliau daripada menjadi PM suatu hari nanti.

Pada masa yang sama, beliau menyifatkan dakwaan serta cakap-cakap konspirasi sebegitu merupakan lumrah biasa dalam dunia politik.

“Ia tidak harus mengundang apa-apa reaksi selain daripada mengatakan bahawa yang penting ialah janji kita (Pakatan Harapan) kepada rakyat dan kerajaan perlu stabil,” tegasnya.

Selain itu, Anwar turut menyatakan pendirian keras terhadap keangkuhan Amerika Syarikat berhubung gelora diplomatik dengan Turki dan temubual penuh AI boleh ditonton di saluran 501 Astro AWANI pada pukul 8.15 malam esok.

Anwar Ibrahim berharap semua pihak memahami perbezaan peranan antara beliau dan Dr Mahathir.