NATIONAL
Tun Mahathir luangkan masa ziarah Ainul Mardhiah

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meluangkan masa melawat kanak-kanak yang baru selesai menjalani pembedahan membuang tumor di dalam mulut, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin. - Foto Twitter
Aidilfitri kali ini nyata memberi lebih makna kepada kedua ibu bapa bayi Ainul Mardhiah, iaitu Nurul Erwani Zaidi dan Ahmad Saifuddin Ahmad Razak.
Bukan sahaja bayi mereka selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan akibat Germ Cell Tumor di mulutnya, malah Ainul Mardhiah turut menerima tetamu istimewa iaitu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir meluangkan masa melawat bayi berusia sembilan bulan berkenaan di hospital kanak-kanak terkemuka di sini selepas selesai mengadakan sidang media bersama wartawan Malaysia sempena lawatan kerja tiga hari beliau ke London.
Ahmad Saifuddin berkongsi kegembiraan melalui sebuah gambar di akaun Facebook beliau yang turut memaparkan isterinya Nurul Erwani, pelatih pakar bedah Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri dan pasukan doktor yang terlibat dalam merawat Ainul Mardhiah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami