Tutup

Tun Mahathir terima kunjungan hormat pemimpin Hamas Ismail Haniyeh

Tun Mahathir terima kunjungan hormat pemimpin Hamas Ismail Haniyeh
Perdana Menteri bersalaman dengan Ismael Haniyya semasa menerima kunjungan Pemimpin Hamas bersama delegasi itu di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan hormat daripada pemimpin Hamas Ismail Haniyeh dan delegasinya di pejabatnya di Perdana Putra, di sini.

Dr Mahathir dalam catatan di Twitter rasminya, memaklumkan kedua-dua mereka membincangkan perkembangan terkini dan nasib yang menimpa rakyat Palestin dalam pertemuan kira-kira 45 minit itu.
Menurut catatan itu, pemimpin Hamas itu turut merakamkan ucapan terima kasih atas usaha Dr Mahathir yang membawa idea segar berkenaan dunia Islam menerusi penganjuran Sidang Kemuncak Kuala Lumpur pada Disember lepas

"Ismail bagaimanapun meminta maaf kepada perdana menteri kerana tidak dapat menghadiri sidang kemuncak itu," menurutnya.
Dalam pertemuan itu, Ismail turut menyatakan penghargaan atas usaha dan sokongan berterusan Dr Mahathir buat rakyat Palestin.

Ismail dilaporkan tiba di Malaysia Selasa dalam siri lawatannya ke beberapa negara Islam antaranya Iran, Oman, Turki and Qatar.

-- BERNAMA


Tag: mahathir mohamad, pemimpin hamas, ismail haniyeh, putrajaya



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.