awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Mahathir terima sambutan negara di China

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
20/08/2018
02:42 MYT
Tun Mahathir terima sambutan negara di China
Lagu kebangsaan kedua-dua buah negara berkumandang sebelum Dr Mahathir memeriksa kawalan kehormatan tentera republik itu. - Foto Jabatan Penerangan
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima sambutan negara daripada Republik Rakyat China di Great Hall of The People, di sini.
Menyambut ketibaan beliau adalah rakan sejawatnya, Li Keqiang serta barisan Kabinetnya.
Lagu kebangsaan kedua-dua buah negara berkumandang sebelum Dr Mahathir memeriksa kawalan kehormatan tentera republik itu.
Antara Menteri Kabinet Malaysia yang hadir adalah Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ignatius Darell Leiking; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Liew Vui Keong.
Tatkala beberapa kenyataan Malaysia yang keras sebelum ini berkaitan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP), pertemuan hari ini dilihat membuka lembaran baharu Kuala Lumpur-Beijing.
Ia apabila kedua-dua pemimpin negara itu, Dr Mahathir dan Li juga menyaksikan majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) yang menandakan pengukuhan perkongsian strategik Kuala Lumpur-Beijing.
Lima MoU itu melibatkan persetujuan dua hala mengenai pertukaran mata wang; protokol untuk pengeksportan buah durian sejuk beku; pembangunan dan promosi biofuel yang dihasilkan daripada minyak sawit Malaysia; kerjasama dalam bidang teknologi jalan raya menggunakan bitumen daripada getah; selain kerjasama dalam peraturan perakaunan serta audit.
Topic Berkaitan
#Beijing
#China
#Li Keqiang
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Perdana Menteri
#Republik Rakyat China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan