awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Mahathir 'turun' Bersih 4, NGO buat laporan polis

Bernama
Bernama
30/08/2015
11:57 MYT
Tun Mahathir 'turun' Bersih 4, NGO buat laporan polis
Yang Dipertua persatuan itu, Raja Kamaruddin Raja Ab Wahid berkata tindakan Dr Mahathir (gambar) yang 'turun' menyertai perhimpunan itu ibarat menggalakkan rakyat menyertainya. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KLANG:Sebuah badan bukan kerajaan hari ini membuat laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas tindakannya menghadiri perhimpunan Bersih 4 di Dataran Merdeka semalam.
Laporan itu dibuat Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini.
Yang Dipertua persatuan itu, Raja Kamaruddin Raja Ab Wahid berkata tindakan Dr Mahathir yang 'turun' menyertai perhimpunan itu ibarat menggalakkan rakyat menyertainya.
"Persoalannya, mengapa beliau perlu pergi ke perhimpunan haram berkenaan. Pada pendapat saya, tindakan itu tidak perlu malah beliau tidak patut datang langsung.
"Apabila Dr Mahathir datang, rakyat yang berhimpun secara tidak langsung mengibaratkan kehadirannya sebagai 'kepala'," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.
Semalam, Dr Mahathir dilaporkan hadir pada perhimpunan yang diklasifikasikan sebagai haram itu diiringi isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Topic Berkaitan
#Tun Mahathir
#bersih 4
#Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Selangor
#Raja Kamaruddin Raja Ab Wahid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan