Tindakan undang-undang ke atas kerajaan Persekutuan berkaitan isu tuntutan hasil Sabah bukan satu langkah yang wajar, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Beliau berkata masih terdapat banyak pendekatan dan pilihan lain boleh diambil dalam usaha menuntut hasil negeri daripada Persekutuan.
"(Tindakan) mengheret ke mahkamah bukanlah satu langkah wajar dan bijak dalam memastikan kita (Sabah) dapat merealisasikan apa sahaja tuntutan kita. Masih banyak pendekatan dan pilihan lain yang boleh diambil dalam usaha menuntut hasil negeri," katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr Jeffrey Kitingan (STAR-Tambunan) yang mencadangkan kerajaan Sabah mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Persekutuan berhubung isu tuntutan hasil Sabah pada sidang Dewan Undangan Negeri Sabah, pada Rabu.
Mohd Shafie berkata kerajaan Sabah menyedari tuntutan telah dibuat lebih 50 tahun dan sepatutnya ia direalisasikan daripada awal memandangkan perkara tersebut termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
"Ia bukan mudah dalam mengurus tadbir (isu tuntutan) dan saya mengarahkan dua badan penting iaitu (Kementerian) Kewangan dan Unit Perancangan Ekonomi untuk meniliti isu ini. Ada beberapa isu telah dipersetujui dalam mesyuarat baru-baru ini, namun, adalah lebih baik diumumkan oleh Perdana Menteri," katanya.
Terdahulu, Mohd Shafie ketika menjawab soalan asal Jeffrey berkata, usaha kerajaan Sabah ke atas tuntutan kajian semula Pemberian Khas iaitu 40 peratus hasil bersih diperolehi dari Sabah bukan suatu perkara baharu dan kerajaan Sabah akan terus komited menuntut hak sepatutnya untuk rakyat dan negeri ini.
Sikap keterbukaan pimpinan baharu kerajaan Persekutuan memberi peluang dan ruang kepada kerajaan Sabah mengemukakan tuntutan selaras peruntukan terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan menerusi penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyemak pelaksanaan Perjanjian Malaysia (MA63).
Katanya, Jawatankuasa Khas Kabinet dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu bermatlamat menyemak dan membuat syor berhubung pelaksanaan hak dan autonomi Sabah dan Sarawak selaras peruntukan terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia 1963 dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan 1962.
"Mesyuarat jawatankuasa sepatutnya sudah tamat pada Julai lepas tetapi ia dilanjutkan sehingga Oktober ini untuk berunding dan memperincikan mana-mana perkara berkaitan," katanya.
Mohd Shafie berkata tuntutan kerajaan Sabah adalah berdasarkan peruntukan terkandung di bawah Subsyeksyen 2(1), Bahagian 4, Jadual Ke-10, Perlembagaan Persekutuan iaitu "dua per lima hasil bersih dari Sabah", definisi "hasil bersih" adalah "hasil terakru kepada Persekutuan, ditolak jumlah diterima negeri dari penyerahan hasil itu".
Kerajaan Sabah telah mengemukakan satu deraf garis panduan bagi pelaksanaan kajian semula Pemberian Khas lebih berstruktur kepada kerajaan Persekutuan pada 9 Julai lepas dan pada masa ini kerajaan negeri masih menanti maklum balas daripada kerajaan Persekutuan, katanya.
Jeffrey ingin tahu bila kerajaan Sabah akan menuntut tunggakkan RM1 trillion atau 40 peratus hasil bersih diperolehi dari Sabah yang diperuntukan dalam Artikel 112C dan Jadual Ke-10 Bahagian V Perlembagaan Persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 07 2019
MOHD SHAFIE: Masih banyak pendekatan dan pilihan lain yang boleh diambil dalam usaha menuntut hasil negeri.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Ketiadaan cukai hiburan, Selangor hilang lebih RM50 juta - MB
Kerajaan negeri kehilangan lebih RM50 juta disebabkan ketiadaan cukai hiburan, antaranya kerana panggung wayang tidak beroperasi.
Tuntutan Sabah: Tindakan perundangan ke atas Kerajaan Pusat kurang wajar - Shafie Apdal
Masih terdapat banyak pendekatan dan pilihan lain boleh diambil dalam usaha menuntut hasil negeri daripada Persekutuan.