Keputusan kerajaan menurunkan harga siling bagi pelitup muka pada kadar RM1 seunit daripada RM1.20 bukan dibuat secara mengejut, sebaliknya pengumuman mengenainya dibuat sejak lebih dua minggu lepas.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi dalam menegaskan perkara itu berkata justeru, tiada alasan untuk peniaga menjual pelitup muka dengan harga lebih tinggi daripada kadar yang ditetapkan.
Beliau berkata kerajaan melaksanakan penetapan kadar harga itu secara berhati-hati, dengan mengambil kira kepentingan semua pihak, termasuk pengguna dan juga pemain industri.
"Saya harap tiada masalah timbul, sebabnya kita umum penurunan harga sejak lebih dua minggu lepas dan ini (penurunan harga) bukannya dibuat secara mengejut," katanya selepas pelancaran Kempen Jualan Malaysia (KJM) dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) Peringkat Selangor 2020 di Tesco Mutiara Damansara, di sini hari ini.
Berkuat kuasa hari ini, harga baharu bagi pelitup muka ditetapkan RM1, manakala harga borong alatan itu yang sebelum ini RM1.45 seunit juga diturunkan kepada 95 sen.
Sementara itu merujuk kepada program hari ini, Nanta berkata kempen itu mampu memperkukuhkan semula perbelanjaan domestik dengan menggalakkan pengguna membeli barangan keluaran tempatan, sejajar dengan usaha kerajaan memulihkan ekonomi negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 15 2020
Nanta berkata tiada alasan untuk peniaga menjual pelitup muka dengan harga lebih tinggi daripada kadar yang ditetapkan. - Astro AWANI
5.9 bilion tontonan di TikTok Malaysia direkodkan sepanjang Ramadan, awal Raya
Tiktok Shop dilihat berkembang menjadi tumpuan ramai pengguna untuk membeli barangan, kerana ia turut digayakan dan didemonstrasikan.
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Kempen beli barangan Malaysia ditambah baik - Nanta
Kempen Beli Barangan Malaysia akan terus ditambah baik sejajar dengan keperluan untuk merancakkan sektor perusahaan kecil dan sederhana PKS.
Turun harga pelitup muka bukan dibuat secara mengejut - Menteri KPDNHEP
Keputusan kerajaan menurunkan harga siling bagi pelitup muka pada kadar RM1 seunit daripada RM1.20 bukan dibuat secara mengejut.
Harga siling pelitup muka turun RM1.20 menjelang 15 Ogos
Bagaimanapun, harga ini mungkin boleh diturunkan lagi berdasarkan penilaian berterusan ke atas kedudukan bekalan dan harga pelitup muka.
Dasar penetapan harga petrol, diesel tidak berubah - KPDNHEP
Penetapannya masih melalui APM yang dipengaruhi harga minyak yang diproses selari dengan harga minyak mentah dunia.
Kadar baharu gunting rambut tidak boleh bebankan pengguna - Menteri
Kadar baharu harga gunting rambut mestilah sejajar dengan kos tambahan yang terpaksa ditanggung oleh pekedai dan bukan membebankan pengguna.
PENJANA lonjak niaga digital hadapi norma baharu - Menteri KPDNHEP
PENJANA yang dirangka kerajaan bagi menghadapi cabaran susulan pandemik COVID-19, membuka peluang lebih luas dalam usaha menghidupkan semula ekonomi.
KPDNHEP terus lakukan pemantauan harga barang menjelang Gawai
Pemantauan di premis-premis perniagaan dan pasar basah juga tetap akan dijalankan terutamanya menjelang perayaan Gawai Dayak tidak lama lagi.
COVID-19: Stok bekalan makanan negara mencukupi - Alexander
Stok bekalan makanan dan barang keperluan asas negara dalam menghadapi tempoh pandemik COVID-19 ketika ini mencukupi, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Penetapan harga barang pengguna bukan bersifat politik
Penetapan harga barang pengguna bukan bersifat politik sebaliknya ditentukan melalui teori asas ekonomi iaitu faktor permintaan dan bekalan.
GPS sokong Muhyiddin, demi kestabilan Kerajaan Persekutuan
Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengulangi pendirian menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.