awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tutup mayat ayah dengan daun pisang

Rohana Wahed
Rohana Wahed
27/06/2018
08:24 MYT
Tutup mayat ayah dengan daun pisang
Mangsa maut di tempat kejadian dipercayai akibat cedera parah. - Astro AWANI/Rohana Wahed
Tidak dapat ditahan perasaan sedih seorang anak apabila terpaksa menutup mayat ayahnya dengan daun pisang yang dikutip dari bahu jalan sementara menunggu bantuan tiba.
Tuai Rumah, Baki Agok, 72 tahun maut di tempat kejadian di Jalan Skim Bintangor Sarawak di sini pagi tadi selepas terlibat kemalangan bersama isterinya Menun Amirir, 67 tahun.
Bagaimanapun, Menun cuma megalami kecederaan patah kaki kanan.
Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri Superintendan Alexson Naga Chabu ketika dihubungi berkata, pasangan suami isteri itu dalam perjalanan ke pasar di pasar Bintangor sebelum terlibat kemalangan jam 7.20 pagi.
Katanya, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa menunggang motosikal jenis Modenas CT100 cuba memotong kenderaan lain di hadapannya.
Keadaan motosikal selepas berlaku kemalangan di Bintangor, Sarikei. - Astro AWANI
Keadaan motosikal selepas berlaku kemalangan di Bintangor, Sarikei. - Astro AWANI
Keadaan motosikal selepas berlaku kemalangan di Bintangor, Sarikei. - Astro AWANI
Malangnya, kata Alexson, cubaan memotong mengundang tragedi apabila bertembung Toyota Hilux yang datang dari arah bertentangan.
"Impak pelanggaran menyebabkan Baki terkorban di tempat kejadian dipercayai akibat cedera parah," katanya sambil menambah, isteri mangsa telah dikejar ke Hospital Sarikei untuk menerima rawatan lanjut.
Bagaimanapun pemandu Hilux berusia 38 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan ditahan membantu siasatan.
Menurutnya kes kini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#anak
#daun pisang
#kemalangan
#kes APJ 1987
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan