awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tweet menghasut: KPN arah Rafizi disiasat bawah Akta Hasutan

Astro Awani
Astro Awani
10/02/2015
11:33 MYT
Tweet menghasut: KPN arah Rafizi disiasat bawah Akta Hasutan
Dalam satu kenyataan menerusi akaun Twitternya, Khalid menggesa PCIRC menyiasat sebuah tuit oleh Rafizi petang tadi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengarahkan siasatan dilakukan ke atas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli di bawah Akta Hasutan 1948 kerana memburukkan sistem kehakiman negara.
Dalam satu kenyataan menerusi akaun Twitternya, Khalid menggesa Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) menyiasat sebuah tweet oleh Setiausaha Agung PKR itu, petang tadi.
PCIRC @PDRMsia siasat juga tweet ini yg cuba menghasut Rakyat mempercayai Hakim di bayar pic.twitter.com/6i8dArq3rO
— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) February 10, 2015
Beberapa jam sebelum itu, beliau turut mengeluarkan arahan supaya Ahli Parlimen Taiping (DAP), Nga Kor Ming disiasat di bawah akta yang sama kerana dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan di Twitter.
Org di bwh ni sengaja mengundang tindakan @PDRMsia. Kita Akan ambil tindakan di bwh Akta Hasutan. pic.twitter.com/tVL6FincL7
— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) February 10, 2015
Pada waktu yang sama, kartunis politik, Zulkiflee Anwar Alhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar, turut menjadi perhatian Khalid untuk disiasat kerana memuatnaik sebuah tweet yang juga berbaur hasutan.
Org ini juga mengundang tind @PDRMsia. PCIRC sIla kesan dan siasat pic.twitter.com/PO1wAqDd4r
— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) February 10, 2015
Kesemua tuit yang disiasat itu dipercayai reaksi individu-individu tersebut berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada Selasa terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar, 67, telah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu.
Keputusan itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, selepas membacakan keputusan selama hampir 2 jam itu.
Topic Berkaitan
#akta hasutan
#Khalid Abu Bakar
#Nga Kor Ming
#PDRM
#Rafizi Ramli
#Tweet
#Twitter
#ZUNAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan