Petang tadi, kami dihujani pertanyaan susulan tersebarnya satu tweet menggunakan handle “Astro Awani” yang mendakwa bahawa semua tiket perlawanan akhir Piala AFF Suzuki yang dibeli secara online melalui TicketHotline adalah dibatalkan.

Astro AWANI ingin menyatakan bahawa kami tidak pernah memuat naik hebahan berkenaan di akaun Twitter rasmi kami.



PALSU: Tweet yang tersebar petang tadi bukan daripada akaun rasmi Astro AWANI.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Tickethotline International Sdn Bhd, Azril Mat Drus mengesahkan bahawa penjualan tiket perlawanan tersebut masih berjalan lancar dan semua pembelian melalui laman web www.tickethotline.com.my adalah sah.

Untuk rekod, akaun Twitter rasmi Astro AWANI @501Awani telah digunakan sejak dua tahun lalu dan sehingga kini telah mengumpul sejumlah hampir 310,000 pengikut.