ENTRI Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam akaun laman sosial peribadi baginda sentiasa dinanti-nanti oleh warga alam maya.

Ini kerana, baginda disifatkan rakyat jelata sebagai Permaisuri yang sangat bersahaja dan mencuit hati.

Terbaharu, entri baginda yang memetik perkataan 'membawang' amat menggelikan hati.

Tunku Azizah memuat naik dua keping gambar baginda sedang berbual dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika berkenan menghadiri majlis perasmian Floria Diraja Putrajaya.

Menggunakan perkataan membawang dalam status itu menyebabkan netizen berpendapat, baginda cukup dekat dengan rakyat jelata

“Membawang,” tulis Tunku Azizah dalam ciapan yang dimuat naik pukul 1.37 petang Isnin.

Sehingga pukul, 5.45 petang, entri itu telah diulang kicau sebanyak 2,200 kali selain memperoleh 10,200 tanda suka.