awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

U.n.I Klinik beri peluang doktor menjadi usahawan - Rina Harun

Firdaus Azil
Firdaus Azil
23/10/2019
04:58 MYT
U.n.I Klinik beri peluang doktor menjadi usahawan - Rina Harun
Menurut Rina (gambar) objektif U.n.I Klinik adalah untuk melahirkan usahawan profesional dari kalangan ahli perubatan. - Gambar fail
Program U.n.I Klinik, yang kini menyaksikan 18 klinik baharu dibuka di seluruh negara, memberi peluang kepada doktor perubatan untuk menjalankan perniagaan sendiri, di samping menawarkan perkhidmatan pada kadar yang berpatutan.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Harun berkata, konsep itu akan dikembangkan menjadi U.n.I Farmasi pada masa akan datang.
“Objektif U.n.I Klinik ini adalah untuk melahirkan usahawan profesional dari kalangan ahli perubatan. Ketika mereka jadi doktor, mereka tak diajar jadi usahawan. Ini yang kita nak lahirkan.
“Kita ada 18 klinik U.n.I, yang ada di luar bandar dan juga kawasan bandar seperti di Merlimau, Bukit Katil, Indera Mahkota, Kuala Ketil dan sebagainya,” katanya ketika menjawab soalan Datin Mastura Mohd Yazid (BN - Kuala Kangsar) sewaktu sesi Dewan Rakyat hari ini.
Rina berkata, konsep U.n.I Klinik itu adalah selari dengan misi dan visi Majlis Amanah Rakyat (MARA), iaitu turut menyokong pembangunan ekonomi luar bandar, dengan menyediakan perkhidmatan perubatan yang berpatutan untuk masyarakat di kawasan itu.
MARA dalam satu kenyataan pada pertengahan tahun ini memaklumkan, seramai lebih 300 peserta yang terdiri daripada Pegawai Perubatan (MO) dan General Practitioner (GP) seluruh negara mengambil peluang dalam menyertai seminar bagi program yang dikenali sebagai Program Pembangunan Usahawan Profesional atau (ProSPEC).
Mereka yang memenuhi syarat dan terpilih akan menjalani latihan Pembangunan Usahawan Profesional. Fasa pertama latihan ini bermula pada Julai akan disertai seramai 40 orang bakal usahawan profesional manakala kumpulan kedua akan bermula pada November.
Seramai 40 bakal usahawan dipilih untuk mengikuti latihan pembentukan usahawan profesional. Seterusnya 20 terbaik akan ditawarkan kemudahan pembiayaan perniagaan sehingga RM300,000 bagi membuka klinik sendiri di bawah satu jenama iaitu U.n.I Klinik (You and I Clinic).
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#ekonomi
#MARA
#Menteri Pembangunan Luar Bandar
#perubatan
#rakyat
#Rina Harun
#U n I Klinik
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan