Menjadi seorang jururawat bukanlah mudah, ia memerlukan kecekalan dan semangat yang kuat.

Disebabkan itu juga, pengamal perubatan di seluruh dunia mengadakan sambutan Hari Jururawat Sedunia pada 12 Mei setiap tahun bagi memperingati perjuangan, penat lelah dan pengorbanan seorang jururawat sepanjang menjalankan tugas merawat pesakit.

Berperanan dalam kerja yang penuh dengan komitmen dan tanggungjawab, seorang jururawat itu perlu mempunyai kekentalan mental dan kekuatan fizikal.

Baru-baru ini, Astro AWANI memuat naik gambar ucapan selamat Hari Jururawat Sedunia dan muat naik itu mendapat perhatian daripada netizen seluruh Malaysia.

Berikut merupakan antara perkongsian menarik yang kami terima.




Ucapan penhargaan oleh orang ramai bersempena Hari Jururawat Sedunia

Bukan sekadar pengkongsian sahaja yang kami terima, malah seorang jururawat lelaki, Mohd Shahrul Adam, turut berkongsi cerita dan pengorbanan yang dia alami sepanjang menjadi seorang jururawat.

Komen yang dimuat naik oleh Mohd Shahrul Adam


Malah, beberapa jururawat yang lain turut meluahkan rasa mereka berterima kasih kerana dihargai oleh pesakit mereka dengan sambutan Hari Jururawat Sedunia.

Komen yang dimuat naik beberapa jururawat sempena Hari Jururawat Sedunia