awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UEC: Akan jumpa Mufti, jelas pendirian kerajaan negeri - MB Perak

Bernama
Bernama
25/07/2018
09:22 MYT
UEC: Akan jumpa Mufti, jelas pendirian kerajaan negeri - MB Perak
Harussani berkata pengiktirafan UEC akan merungkai asas perpaduan kaum yang berpaksikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan. - Gambar fail
Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu akan bertemu Mufti negeri Tan Sri Dr Harussani Zakaria bagi menjelaskan pendirian kerajaan negeri berhubung pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).
Beliau berkata pengiktirafan UEC adalah antara janji yang telah diputuskan dan dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14.
"Pengiktirafan UEC ini adalah janji kita kepada orang ramai, kita tunaikan dan saya fikir ramai yang tidak faham tentang maksud sebenar perkara tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco negeri di sini hari ini.
Terdahulu, Harussani dalam kenyataannya berkata pengiktirafan UEC akan merungkai asas perpaduan kaum yang berpaksikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Beliau berkata ia amat mendukacitakan sama sekali sekiranya UEC diiktiraf kerana ia membuka ruang yang cukup besar kepada kaum-kaum lain dengan menimbulkan semangat perkauman yang boleh merosakkan suasana harmoni yang wujud di negara ini.
Ahmad Faizal turut menegaskan sekali lagi kerajaan negeri akan menerima secara terbuka untuk mengiktiraf UEC, namun pemegang sijil itu perlu fasih berbahasa Melayu selain mendapat kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Itu yang kita mahu agar seluruh rakyat Malaysia terutama sekali yang berkhidmat sebagai penjawat awam hendaklah boleh berbicara, menulis dan membaca dalam Bahasa Malaysia, itu amat penting untuk semua rakyat negara.
"Jadi, kerajaan negeri PH menganggap tidak perlu mengongkong atau mengekang mana-mana pihak yang memegang sijil itu untuk tidak diberi peluang sewajarnya untuk bertugas sebagai penjawat awam," katanya.
UEC ialah sijil yang dikeluarkan sekolah menengah persendirian Cina Malaysia dan pelaksanaannya tidak mengikut sistem pendidikan kebangsaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#bahasa
#bahasa pengantar
#Cina
#dasar pendidikan
#dukacita
#Harussani Zakaria
#janji
#kaum
#Manifesto
#Melayu
#Menteri Besar
#mufti
#Pakatan Harapan
#pengiktirafan
#Perak
#perpaduan kaum
#Sijil Peperiksaan Bersama
#SPM
#UEC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan