UEC: Anwar yakin dasar pendidikan tidak akan dikorbankan kerana politik baharu

UEC: Anwar yakin dasar pendidikan tidak akan dikorbankan kerana politik baharu
Perdebatan serta perbincangan mengenai isu UEC perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh - Foto fail
KUALA LUMPUR: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) kelak tidak akan membelakangkan prinsip asas Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Menurut Anwar, ketetapan utama seperti soal Bahasa Melayu sebagai tunjang tidak boleh ditolak ansur dalam apa jua keadaan.

"Kita boleh pertimbang apa jua pun seperti mana wujudnya sekolah Arab yang boleh diiktiraf tetapi kita tidak boleh abaikan bahasa melayu dan penguasaan bahasa itu dalam mana sistem pun,” kata Anwar semasa ditemubual program AI melalui Skype.
Tambah beliau, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik cukup berwibawa untuk menyelaraskan segala isu-isu yang berbangkit berhubung isu tersebut.

"Dalam perbincangan saya dengan tokoh pendidikan Cina, mereka beri jaminan itu bukan satu masalah bagi mereka.

"Kalau begitu, menteri boleh menetapkan ini boleh dimeterai dalam satu peraturan dan undang-undang yang jelas supaya tidak ada tanggapan bahawa dasar pendidikan dikorbankan kerana semata-mata pertimbangan politik baharu,” jelas Anwar.

Temubual bersama Anwar di dalam program AI yang disiarkan setiap Khamis, 8.15 malam di saluran 501 Astro AWANI dibuat melalui Skype minggu ini memandangkan beliau sedang menjalani rawatan di Turki.

BACA: Kementerian Pendidikan tidak akan buat U-turn!