awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UIAM tersenarai finalis dua anugerah lestari antarabangsa

Bernama
Bernama
27/05/2020
21:15 MYT
UIAM tersenarai finalis dua anugerah lestari antarabangsa
Ia adalah satu pengiktirafan besar buat UIAM dalam usaha melakukan transformasi institusi untuk kelestarian.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mencatat sejarah menjadi universiti pertama di negara ini yang tersenarai sebagai finalis untuk dua penganugerahan lestari antarabangsa.
Dua anugerah berkenaan ialah Anugerah Green Gown Antarabangsa dalam kategori Institusi Lestari Terbaik Dunia dan Anugerah Memanfaatkan Masyarakat menerusi program LIGHT (Leadership, Intuititive, Giving, Humility, Tenacity) anjuran Kulliyyah Senibina dan Reka Bentuk Alam Sekitar.
Rektor UIAM Tan Sri Prof Emeritus Dzulkifli Abdul Razak berkata ia adalah satu pengiktirafan besar buat universiti berkenaan dalam usaha melakukan transformasi institusi untuk kelestarian.
"Transformasi ini adalah untuk mencapai tiga objektif utama iaitu untuk menjadikan UIAM sebagai institusi yang lestari dan sejahtera serta memperkasakan masyarakat sekitar," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Anugerah itu mendapat sokongan daripada United Nation (UN) Environment, International Association of Universities (IAU) dan The Association of Commonwealth Universities (ACU).
UIAM berada dalam senarai akhir bersama 12 universiti lain termasuk dari Australia, Britain, Columbia, Mexico dan Peru.
Pemenang anugerah akan diumumkan pada 8 Julai bersempena dengan 'United Nations High Level Political Forum' yang dilakukan secara maya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Columbia
#Green Gown Antarabangsa
#Kulliyyah Senibina dan Reka Bentuk Alam Sekitar
#Leadership Intuititive Giving Humility Tenacity
#Rektor UIAM
#The Association of Commonwealth Universities ACU
#UIAM
#United Nation
#Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan