awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ujian DNA sahkan kepala yang ditemui milik Bernard Then - KPN

Astro Awani
Astro Awani
19/12/2015
10:02 MYT
Ujian DNA sahkan kepala yang ditemui milik Bernard Then - KPN
KHALID: Polis telah menghubungi pihak berkuasa Flipina untuk mengekstradisi penjenayah yang terlibat dalam kes pembunuhan Bernard Then. - Gambar fail
Pihak berkuasa Filipina telah mengesahkan secara lisan bahawa kepala yang dijumpai di selatan negara itu adalah milik Bernard Then Ted Fen, berdasarkan ujian DNA.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, walaupun pihak Filipina belum mengesahkan secara bertulis, namun keputusan terkini menunjukkan mangsa merupakan Bernard yang diculik dari Sabah.
"Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Bernard.
"Kita akan mengambil segala langkah yang perlu untuk membawa mereka yang melakukan kesalahan itu untuk berhadapan dengan undang-undang negara kita," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Universiti LimKokWing, di sini, hari ini.
Tambahnya Polis telah menghubungi pihak berkuasa Flipina untuk mengekstradisi penjenayah yang terlibat dalam kes pembunuhan Bernard Then.
Then, 39, seorang jurutera elektrik dari Sarawak dipenggal kepalanya pada 17 Nov lepas di kubu kuat Abu Sayyaf di Kepulauan Jolo, kira-kira 1,400km di selatan Manila.
Mangsa diculik bersama seorang wanita, Thien Nyuk Fun, 50, oleh empat lelaki bersenjata di Restoran Ocean King, Sandakan pada 7.45 malam 14 Mei lalu.
Thien bagaimanapun dibebaskan pada 8 Nov lalu selepas dipercayai membayar sejumlah pampasan.
Selasa lalu, Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, mayat tanpa kepala yang dijumpai tentera Filipina baru-baru ini di Sulu, disyaki mayat Bernard Then.
Katanya, ia berdasarkan penemuan terakhir selain maklumat tambahan oleh pasukan keselamatan Filipina yang diperoleh kementeriannya.
Topic Berkaitan
#Bernard Then
#DNA
#Filipina
#kepala
#Khalid Abu Bakar
#KPN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan