awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ujian kepantasan 5G diperluas di lima negeri lain

Fareez Azman
Fareez Azman
29/07/2019
10:07 MYT
Ujian kepantasan 5G diperluas di lima negeri lain
Malaysia, kata Gobind Singh, akan melaksanakan penggunaan Teknologi Generasi Kelima (5G) namun, dalam masa sama, banyak aspek perlu dinilai.
Ujian kepantasan Teknologi Generasi Kelima (5G) akan dikembangkan di lima negeri iaitu Kedah, Perak, Terengganu, Selangor dan Wilayah Persekutuan dalam masa terdekat.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, ujian kepantasan itu dilakukan ekoran permintaan tinggi diterima dari negeri-negeri terbabit agar ujian kepantasan teknologi 5G dijalankan selepas Cyberjaya dan Putrajaya.
“Selepas bermula pasukan petugas khas, Pengerusi SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) telah berjumpa Menteri Besar dan Exco kerajaan di lima negeri tersebut. Mereka berbincang tentang perkara ini dan apabila kita buat pasukan petugas khas banyak pertanyaan dari syarikat negeri tertentu.
“Permintaan tinggi dari semua lokasi seluruh Malaysia (tetapi) kita fokus lima negeri itu sebagai permulaan. Ini tidak bermakna kita berhenti di situ. Kita kembang kepada lima negeri mengikut keadaan serta tuntutan,” katanya dalam sidang media selepas majlis penyerahan laporan pasukan petugas khas 5G negara di Ibu Pejabat SKMM, di sini pada isnin.
Bagaimanapun, jelas beliau, pelbagai aspek akan dinilai termasuk keselamatan, infrastruktur baharu dan menaik taraf infrastruktur sedia ada.
Antara yang dikenal pasti, kata beliau, ialah masalah dalam pelbagai sektor industri jika teknologi itu diperkenal.
Sehingga kini, Pasukan Petugas Khas telah mengenal pasti 66 kes untuk di nilai.
“Dari segi boleh atau tidak, boleh memang kita akan laksanakan teknologi 5G. Tetapi kita kena lihat beberapa aspek dalam perhatian kita.
“Empat tajuk yang saya sebutkan umpama perundangan, keselamatan dan sebagainya. Kalau kita gunakan 5G apakah masalah yang timbul dan bagaimana kita nak selesaikan,” jelas Gobind lagi
Topic Berkaitan
#5G
#Exco
#Gobind Singh Deo
#Kedah
#KKMM
#Kuala Lumpur
#Menteri Besar
#Perak
#Putrajaya
#Selangor
#SKMM
#teknologi
#teknologi 5G
#Ujian Kepantasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan