awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ulang tahun TUDM ke-62 disambut secara normal baharu

Astro Awani
Astro Awani
01/06/2020
08:11 MYT
Ulang tahun TUDM ke-62 disambut secara normal baharu
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada istiadat perbarisan dan perhimpunan melibatkan orang ramai dalam sambutan pada tahun 2020. - Gambar fail
Sambutan ulang tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-62 pada tahun ini akan disambut dengan normal baharu, tidak seperti kebiasaannya.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada istiadat perbarisan dan perhimpunan melibatkan orang ramai dalam sambutan pada tahun 2020.
“Oleh kerana kita di dalam PKPB, sambutan tidak seperti kebiasaan yang kita buat. Tiada istiadat perbarisan, tiada perhimpunan yang ramai.
“Perutusan kepada tentera udara pun disampaikan secara maya sahaja. Jadi inilah normal baharu yang terpaksa dipatuhi semua termasuk anggota TUDM dalam meraikan ulang tahun mereka,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya pada Isnin.
Terdahulu dalam sidang media sama, Ismail Sabri turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat ulang tahun ke-62 kepada warga TUDM.
"TUDM hari ini memasuki fasa usia ke-62 tahun dan menjadi kuasa udara yang disegani.
"Tema sambutan iaitu 'Berupaya Bersiaga Kedaulatan Terjaga' pastinya menyemarakkan semangat warga TUDM untuk menjaga amanah supaya sentiasa terpelihara dalam keadaan siap siaga," katanya.
Topic Berkaitan
#Amanah
#Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
#ismail sabri yaakob
#keselamatan
#Malaysia
#Media
#menteri
#Menteri Kanan
#perhimpunan
#Putrajaya
#tentera
#TUDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan