awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
Rakyat Thailand keluar mengundi untuk pilih Ahli Parlimen baharu
Hari Keselamatan Internet berlangsung di Tasik Titiwangsa hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ular seberat 26 kilo naik tingkat 14 PPR, ganggu tidur gadis

Astro Awani
Astro Awani
20/03/2019
09:44 MYT
Ular seberat 26 kilo naik tingkat 14 PPR, ganggu tidur gadis
Para penduduk dan penghuni flat berkenaan juga pelik bagaimana ular berukuran kira-kira 3.3 meter itu mampu berada pada tingkat 14 kediaman itu. - Foto Astro AWANI
Seorang gadis berdepan detik ngeri selepas nyaris dibelit seekor ular sawa yang dianggarkan seberat 26 kilogram dalam kejadian di Flat Program Perumahan Rakyat (PPR) di sini awal pagi Rabu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, Nur Alia Aqilla Jamaluddin,18, sedang nyenyak tidur di dalam sebuah bilik sebelum menyedari kehadiran tetamu tidak diundang itu.
Menurut Nur Alia, dia menyedari ada objek merayap dan melingkar di lehernya menyebabkan remaja berkenaan pantas bergegas meninggalkan tempat tidurnya bagi menyelamatkan diri.
Nur Alia menyedari ada objek merayap dan melingkar di lehernya . - Foto Astro AWANI
Nur Alia menyedari ada objek merayap dan melingkar di lehernya. - Foto Astro AWANI
“Ada benda yang belit-belit dekat tengkuk saya ni, macam benda lembik-lembik. Saya tidak tahu pula itu rupanya ular. Lepas itu saya bangun tengok ular, sebab dia belit dah, lidah dia dah dekat tengkuk saya ini,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini hari ini.
Katanya sejurus menyedari ‘sang batik’ berada dalam kediaman, ibu saudaranya menghubungi pihak bomba dan berjaya mengesan ular yang bersembunyi di bawah katil.
Kes ini dikatakan pertama kali berlaku di kawasan perumahan  setinggi 17 tingkat itu. - Foto Astro AWANI
Kes ini dikatakan pertama kali berlaku di kawasan perumahan setinggi 17 tingkat itu. - Foto Astro AWANI
Kes ini dikatakan pertama kali berlaku di kawasan perumahan setinggi 17 tingkat itu.
Para penduduk dan penghuni flat berkenaan juga pelik bagaimana ular berukuran sepanjang kira-kira 3.3 meter itu mampu berada pada tingkat 14 kediaman itu.
Topic Berkaitan
#belit leher
#berlingkar
#bomba
#Kuala Terengganu
#PPR
#rakyat
#remaja
#ular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan