awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Umat Islam di P. Pinang boleh solat Aidilfitri di rumah

Bernama
Bernama
26/04/2020
12:41 MYT
Umat Islam di P. Pinang boleh solat Aidilfitri di rumah
Solat sunat Aidilfitri itu boleh dilakukan tanpa atau dengan khutbah mengikut kemampuan dan kesesuaian ahli keluarga. - Gambar hiasan
Umat Islam di Pulau Pinang boleh menunaikan solat sunat Aidilfitri pada Hari Raya nanti di rumah masing-masing ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Fatwa negeri berkata solat sunat Aidilfitri itu boleh dilakukan tanpa atau dengan khutbah mengikut kemampuan dan kesesuaian ahli keluarga.
"Ia adalah keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri yang ditetapkan semalam mengenai garis panduan sambutan Hari Raya dan solat berjemaah itu boleh dilakukan tetapi hanya membabitkan ahli keluarga di rumah saja.
"Bagi ahli keluarga yang baru sembuh daripada COVID-19 atau perlu kuarantin di rumah, mereka tidak dibenarkan menyertai solat sunat berjemaah itu namun boleh menunaikannya secara bersendirian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya bagi imam, bilal dan siak boleh melaksanakan solat sunat Aidilfitri di masjid atau surau tertakluk kepada pekeliling dan arahan ditetapkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP).
Wan Salim berkata takbir Hari Raya di masjid dan surau hanya boleh dilaksanakan oleh imam, bilal dan siak dengan menggunakan rakaman.
Namun katanya, takbir pada malam raya dari rumah ke rumah yang menjadi kebiasaan sebelum ini adalah tidak dibenarkan kerana mahu mengekang penularan wabak COVID-19.
"Namun Kami menggalakkan setiap keluarga melaungkan takbir hari raya di rumah masing-masing sehingga sebelum solat sunat hari raya dilaksanakan," katanya.
Bagi pesakit dan petugas di hospital pula katanya mereka dibenar melaksanakan solat sunat Aidilfitri mengikut arahan ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#hari raya
#koronavirus
#PKP
#pulau pinang
#solat Aidilfitri
#solat sinat
#Umat Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan