awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Murid sekolah tak wajib pakai tali leher mulai tahun hadapan - KPM
Bukan Jamilah tapi Pak Su Ammara, Que Haidar kembali jadi ‘lead’ untuk drama bersiri selepas 16 tahun
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Umat Islam diingatkan berhati-hati 'telekung salib' - Jainab

Bernama
Bernama
08/06/2015
11:51 MYT
Umat Islam diingatkan berhati-hati 'telekung salib' - Jainab
Jainab berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) perlu mengambil tindakan sewajarnya dalam perkara ini demi menjaga kesucian agama Islam. - Gambar Fail
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid mengingatkan umat Islam supaya berhati-hati dengan "telekung yang mempunyai corak berbentuk salib".
Beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) perlu mengambil tindakan sewajarnya dalam perkara ini demi menjaga kesucian agama Islam.
Sambil menyatakan rasa kecewa kerana telekung itu mula dipasarkan di negara ini ketika umat Islam bakal mengerjakan ibadah puasa tidak lama lagi, beliau berkata sejak kebelakangan ini pelbagai taktik digunakan oleh pihak tertentu untuk memesongkan akidah umat Islam.
"Janganlah kita ghairah membeli kerana tertarik dengan warna dan gaya yang cantik tanpa menyedari corak pada telekung itu tidak mengikut syariah," katanya kepada Bernama di sini hari ini ketika diminta mengulas isu itu.
Beliau juga menasihati peniaga supaya meneliti rekaan telekung yang dijual supaya tidak mengundang kegusaran dalam kalangan umat Islam di negara ini.
Telekung mempunyai corak sulaman berbentuk salib di bahagian depan dari paras dagu hingga kelim bawah telekung yang dipercayai dihasilkan di negara jiran kini menjadi viral di laman media sosial.
Topic Berkaitan
#Jainab Ahmad Ayid
#Jheains
#Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan