Umat Islam perlu membina semula ketamadunan agung kerana ia dapat mengembalikan 'izzah' atau kuasa serta kemuliaan agama kepada ummah, kata Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia Prof Dr Ali Muhyiddin Al-Qarah Daghi.
Beliau berkata untuk merealisasikan perkara itu, umat Islam perlu melaksanakan beberapa perubahan seperti yang disebut dalam al-Quran iaitu perubahan dalaman merangkumi hati, roh, nafsu, akal serta perubahan luaran meliputi akhlak dan tindak tanduk.
"Islam bukanlah semata-mata agama yang tersebar, sebaliknya ia adalah agama yang menghimpunkan akidah, syariah dan manhaj kehidupan.
"Islam telah merealisasikan tamadun yang besar dan kemajuan di dalam pelbagai bidang ilmu dan kajian, kesenian, pensyariatan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertemakan 'Menjulang Kemuliaan Umat: Sejarah, Wawasan dan Harapan' yang perasmiannya disempurnakan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Pusat Konvensyen Casuarina @Meru, di sini, pada Isnin. Ucapan beliau yang dibacakan dalam bahasa Arab diterjemahkan oleh Ustaz Fauwaz Fadzil Noor.
Sementara itu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata golongan ulama dan umara sentiasa bergabung tenaga dalam membentuk umat Islam yang berilmu dan bersilang kemahiran untuk memimpin ummah ke mercu kejayaan.
Katanya kedua-dua golongan itu yang mewarnai ummah menyedari tanggungjawab besar mereka termasuk perlu kembali kepada jati diri keIslaman menurut acuan syarak.
"(Ulama dan umara) tahu hak yang perlu dipertahan dan dituntut, faham beban yang perlu dipikul dan dijinjing bersama dengan penuh ikhlas dan amanah.
"Bak benih pokok yang tidak ditanam, manakan dapat buahnya. Hasil perjuangan generasi lampau menyaksikan ulama dan umara bergabung tenaga dan berpisah tiada dalam membentuk umat yang mulia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 24 2020
Islam bukanlah semata-mata agama yang tersebar, sebaliknya ia adalah agama yang menghimpunkan akidah, syariah dan manhaj kehidupan. - Gambar hiasan
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
Umat Islam perlu bina semula tamadun agung - Ulama dunia
Islam bukanlah semata-mata agama yang tersebar, sebaliknya ia adalah agama yang menghimpunkan akidah, syariah dan manhaj kehidupan.