awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO Kedah sokong PM dan MB, mahu Mukhriz batal keluar kenyataan

Bernama
Bernama
18/04/2015
09:28 MYT
UMNO Kedah sokong PM dan MB, mahu Mukhriz batal keluar kenyataan
Badan Perhubungan UMNO Kedah menyatakan sokongan penuh dan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Perdana Menteri dan Menteri Besar. -Gambar fail
Badan Perhubungan UMNO Kedah hari ini menyatakan sokongan penuh dan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO dan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang membuat kenyataan itu turut meminta Mukhriz membatalkan cadangan untuk memberikan kenyataan pada 24 April ini di Kuala Lumpur.
"Mesyuarat juga bersetuju supaya Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak membuat sebarang kenyataan berkaitan isu ini kerana kami memahami situasi beliau. Kita bersetuju untuk membatalkan mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri Kedah pada 24 April itu," katanya.
Terdahulu, Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah mengadakan mesyuarat khas di kediaman rasmi Mukhriz di Seri Mentaloon di sini, yang turut dihadiri oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN).
Mesyuarat itu bermula pada 12 tengah hari dan berakhir kira-kira dua jam kemudian dan dipengerusikan sendiri oleh Mukhriz, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan itu.
Mukhriz tidak berada di sidang media itu.
Kesemua Ketua Umno Bahagian hadir pada mesyuarat khas hari ini kecuali Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling), Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Jerai), dan Datuk Mohd Johari Baharom (Kubang Pasu).
ADUN BN yang tidak hadir ialah Datuk Ahmad Lebai Sudin (Bukit Lada).
Menurut Ahmad Bashah, mereka yang tidak menghadiri mesyuarat hari ini kerana berada di luar negara dan telah menghantar wakil masing-masing.
Katanya, mesyuarat khas hari ini juga mengambil ketetapan menghormati pandangan-pandangan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan mahukan beliau memberi masa kepada Najib untuk mentadbir negara.
Topic Berkaitan
#Ahmad Bashah
#batal cadangan
#keluar kenyataan
#Mahathir
#Mukhriz
#najib
#UMNO Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan