Politik ketahanan dan berimbang perlu diterapkan serta disemai dalam UMNO, ujar Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut beliau, dua budaya baharu politik modenisasi abad ke-21 itu bukan lagi satu pilihan tetapi satu kemestian.
Malah, katanya, jika mahu terus relevan, UMNO perlu menterjemahkan segala dasar dan tindakannya mengikut hasrat dan keperluan rakyat.
"Apa itu politik ketahanan? Ia bermaksud UMNO hendaklah memperkuatkan daya tahan dan daya juang, agar tidak mudah diurai oleh cabaran keduniaan atau sogokan.
"Sudah tentu, kita diasak, hingga kadangkala melemahkan semangat juang, malah ada yang sanggup menggadai maruah perjuangan. UMNO wajib merubah dirinya supaya mampu membina sifat ‘political resillience’ atau ketahanan politik," katanya semasa menyampaikan Ucapan Dasar Presiden semasa Perhimpunan Agung UMNO 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini pada Jumaat.
Katanya lagi, UMNO memerlukan politik berimbang bagi menghadapi politik huyung-hayang dan politik songsang.
"UMNO bukan parti yang rigid, rasis atau terlalu longgar dan liberal , “La ifrata wa la Tafrit”. Kita perlu mengubah UMNO kepada budaya politik berimbang berasaskan prinsip perjuangan, keterbukaan dan perundingan selagi asas-asas Perlembagaan dan kontrak sosial tidak dicabuli,"jelasnya lagi.
Malah tegas beliau, UMNO perlu bangkit dan tidak biarkan diri mereka dipijak.
"Apabila hak kita dicabar, apabila keamanan kita digugat, apabila keharmonian kita dirobek, apabila kedaulatan kita dipersenda, sama-sama kita bangkit mempertahankannya. Ingatlah! Tunduk kepala, bukan untuk dipijak. Berlembut, bukan untuk diperbodohkan," tegas Ahmad Zahid lagi.
Rahimah Abdullah
Fri Dec 06 2019
Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan Ucapan Dasar Presiden semasa Perhimpunan Agung UMNO 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini pada Jumaat. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Muafakat Nasional bukan alasan UMNO henti perkasakan parti sendiri
Muafakat Nasional bukan alasan ahli UMNO berhenti memperkasakan parti sendiri dan menyusun strategi untuk merampas kembali kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bahtera UMNO tidak akan dibiar tersasar, jangan ditebuk dari dalam - Zahid
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berikrar untuk berusaha keras memastikan UMNO terus relevan dan tidak membiarkan bahtera parti terus tersasar dari haluan.
UMNO jangan sombong, bongkak dan angkuh - Perwakilan Wanita
Kemenangan Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai bukan jaminan mutlak parti itu sudah diterima rakyat sepenuhnya.
Gilap semula Rukun Negara - Perwakilan UMNO Wilayah
UMNO perlu memimpin usaha menggilap semula Rukun Negara yang menjadi asas kehidupan negara, ujar Perwakilan UMNO Wilayah Persekutuan, Mahadir Sulaiman.
Jangan terpengaruh politik 'Tom and Jerry' PH - Perwakilan Puteri UMNO
Perwakilan Puteri UMNO, Datin Naszirah Ngasri mengingatkan anggota parti agar tidak terpengaruh dengan politik watak kucing dan tikus, Tom and Jerry yang dimainkan PH.
Ada hikmah BN tewas dalam PRU14 - Perwakilan UMNO Pahang
Ramli Mohd Nor percaya UMNO akan bangkit semula dengan kekuatan rakyat yang kini semakin sedar dengan cara pentadbiran kerajaan hari ini.
Tinggalkan amalan ketuanan Melayu yang terlalu selesa - Perwakilan UMNO Johor
Tidak salah untuk berbangga menjadi 'tuan tanah', namun perlu mempunyai kelebihan yang tersendiri.
PAU2019: 'Baru 18 bulan kita dah merempat... mana jati diri orang UMNO?'
Perwakilan UMNO Pulau Pinang menghangatkan Perhimpunan Agung UMNO 2019 apabila membangkitkan isu wakil rakyat UMNO yang berjumpa dengan menteri tidak lama selepas BN menang PRK Tanjung Piai.
Perwakilan Perlis seru rakyat bernaung bawah payung Muafakat Nasional
Perwakilan Perlis mengajak semua rakyat Malaysia bersatu di bawah payung bernama Muafakat Nasional untuk menjaga bangsa, agama dan negara.
UMNO Selangor nafi tolak Ahmad Zahid
UMNO Selangor menafikan desas-desus mengatakan mereka menolak kepimpinan Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.