awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Tangan kami terlepas...saya yang lemas, dia yang meninggal dunia'
Papa Zola The Movie guna dialek negeri tarik penonton ke pawagam
Kejayaan PSIS di SIIF 2025 bukti TVET bukan lagi pilihan kedua - Zambry
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMT akan bekerjasama dengan UniSZA buat kajian terperinci cadangan penggabungan

Bernama
Bernama
21/09/2019
13:28 MYT
UMT akan bekerjasama dengan UniSZA buat kajian terperinci cadangan penggabungan
Pada 4 Sept lepas, Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataannya berkata kerajaan bersetuju secara prinsip dengan cadangan penggabungan UMT dan UniSZA. - Gambar fail
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan bekerjasama dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Jabatan Pendidikan Tinggi dalam menyediakan kajian terperinci berkenaan cadangan penggabungan kedua-dua universiti itu.
Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar berkata, UMT akan melaksanakan langkah-langkah seterusnya berasaskan keputusan Kabinet.
"Kita akan bergerak, bekerjasama dengan UniSZA dan Jabatan Pendidikan Tinggi untuk menyediakan kajian terperinci dan mencadangkannya kepada kerajaan. Bagaimanapun, saya memohon semua pihak supaya tidak lagi mempolitikkan perkara ini," katanya ketika diminta mengulas mengenai cadangan penggabungan dua universiti itu selepas hadir ke program gotong-royong membersihkan pantai di Tok Jembal di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) Dr Nagulendran Kangayatkarasu dan Karyawan Tamu UMT, Fauziah Latiff.
Nor Aieni bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai hasil pertemuannya bersama Naib Canselor UniSZA Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan yang dipanggil menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada Khamis lepas.
Pada 4 Sept lepas, Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataannya berkata kerajaan bersetuju secara prinsip dengan cadangan penggabungan UMT dan UniSZA.
UMT, yang terletak berhampiran dengan UniSZA mempunyai kira-kira 11,000 pelajar manakala UniSZA 12,262 pelajar.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik baru-baru ini berkata penggabungan itu akan mewujudkan sinergi bagi menjadikannya sebagai pusat rujukan antarabangsa dalam bidang khusus dalam tempoh lima tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cadangan penggabungan
#Institusi Pengajian Tinggi
#IPT
#pendidikan
#umt
#UniSZA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan