awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undang-undang berita palsu tidak bermotifkan politik - Salleh

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
07/02/2018
11:50 MYT
Undang-undang berita palsu tidak bermotifkan politik - Salleh
Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak mahu pembangkang tidak menganggap sebarang tindakan kerajaan bermotif politik.
Undang-undang berita palsu yang dicadangkan akan melindungi semua termasuk pihak pembangkang.
Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak mahu pembangkang tidak menganggap sebarang tindakan kerajaan bermotif politik.
Jelasnya berita palsu juga boleh terjadi kepada selebriti dan orang ramai.
Salleh berkata undang-undang kontroversi yang baru dicadangkan itu tidak akan disalahgunakan sebagai senjata politik kerajaan.
"Ini bukan bermotifkan politik, di negara luar undang-undang ini telahpun diguna pakai.
“Undang-undang berita palsu bukan hanya untuk orang politik, artis dan selebriti juga pernah terkena berita palsu,” jelasnya.
Tambahnya, jawatankuasa berita palsu itu juga akan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, dan bukan kementeriannya.
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri pelancaran laporan Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan (Cendana) di ibu negara.
Jawatankuasa khas mengenai berita palsu ditubuhkan pada 30 Januari, berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa undang-undang perlu diperkenalkan untuk membendung berita palsu.
Ia bagi elak orang ramai terpedaya untuk membenci kerajaan atau menyebabkan gangguan awam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said pada Rabu berkata, draf undang-undang baru untuk membendung berita palsu diharap akan dapat dibentangkan kepada kabinet dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#Salleh Said Keruak
#Undang-undang berita palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan