awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat terus perkukuh perpaduan, saling menghormati
Itali tangkap ketua mafia yang lama diburu di pangsapuri rahsia di Naples
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undang-undang keselamatan siber perlu tangani penipuan pembelian data

Bernama
Bernama
13/11/2017
12:28 MYT
Undang-undang keselamatan siber perlu tangani penipuan pembelian data
Ia susulan pendedahan baru-baru ini bahawa data 46.2 juta pengguna mudah alih Malaysia dijual dengan hanya 1 Bitcoin (RM32,000).
Undang-undang siber Malaysia, terutamanya undang-undang keselamatan siber perlu mempunyai proses dan peraturan yang lebih jelas untuk menjejak pembelian dan urus niaga dalam Bitcoin dalam kalangan rakyat bagi mengesan penipuan pembelian data.
Penyedia perkhidmatan keselamatan siber serantau, Quann Malaysia, berkata ketika ini identiti kedua-dua penjual dan pembeli tidak diketahui dan tidak boleh dikesan meskipun urus niaga yang telus.
Pengurus Besarnya, Ivan Wen berkata sudah sampai masanya untuk mengguna pakai pendekatan berbeza dalam menangani jumlah peningkatan tuntutan ransomware di seluruh dunia.
"Individu atau syarikat yang didapati membeli data bocor ini perlu dihukum. Hanya apabila pembelian berhenti, barulah penggodaman berhenti kerana tidak ada lagi pembeli untuk membiayai penggodam ini," katanya dalam satu kenyataan.
Wen juga berkata sebagai satu daripada institusi kewangan utama di dunia, Bank Negara Malaysia boleh menjadi contoh ikutan dan menghentikan penipuan pembelian data Malaysia.
"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mempunyai kelengkapan untuk membantu Bank Negara dalam merangka peraturan ketat bagi menghentikan pembelian palsu," jelasnya.
Sebelum ini dilaporkan bahawa pembeli-pembeli tanpa nama membeli data 46.2 juta pengguna mudah alih Malaysia dengan harga hanya RM32,000 (anggaran harga semasa).
Ia susulan pendedahan baru-baru ini bahawa data 46.2 juta pengguna mudah alih Malaysia dijual dengan hanya 1 Bitcoin (RM32,000).
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#Bitcoin
#Ivan Wen
#keselamatan
#membeli data
#Quann Malaysia
#ransomware
#Siber
#Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan