Undang-undang perlu dipinda sebelum wajibkan 2 suntikan vaksin - Dr Dzulkefly

Undang-undang perlu dipinda sebelum wajibkan 2 suntikan vaksin - Dr Dzulkefly
DR DZULKEFLY: Perkara ini memerlukan pindaan undang-undang untuk menjadikannya mandatori. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pindaan undang-undang sedia ada perlu dilakukan sebelum cadangan mewajibkan dua suntikan vaksin kepada kanak-kanak dapat dilaksanakan.

Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata dua vaksin tersebut ialah vaksin difteria dan MMR yang mampu merawat enam hingga tujuh penyakit lain di bawah Program Imunisasi Kebangsaan (NIP).

“Dua vaksin itu sudah ada di dalam Program Imunisasi Negara (NIP), cumanya kita masih menimbang dan perlukan sokongan.
“Kita akan wajibkan dua vaksin dahulu iaitu vaksin difteria dan vaksin MMR. Walaupun hanya dua vaksin, sebenarnya kita dapat perlindungan enam penyakit seperti rubela, demam campak, beguk dan difteria.

“Perkara ini memerlukan pindaan undang-undang untuk menjadikannya mandatori dan kita perlu mengambil langkah cermat mengenainya,” kata Dr Dzulkefly ketika ditemui pada sidang media selepas merasmikan acara Gotong-Royong Perangi Aedes Peringkat Kebangsaan di Pusat Perumahan Rakyat (PPR) Seri Alam, Cheras.

Jelasnya lagi, perkara itu juga akan dibincangkan bersama Kementerian Pendidikan serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Tambah beliau, kementeriannya juga akan membawa hal berkenaan pada persidangan Parlimen, namun bukan pada masa terdekat.


Tag: Aedes, Kanak-kanak, vaksin, difteria, Program Imunisasi Kebangsaan, MMR, Dr Dzulkefly Ahmad, menteri kesihatan, demam campak, beguk


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.