awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undi tidak percaya sememangnya termaktub dalam Perlembagaan - Dr Mahathir

Shuhami Zabri
Shuhami Zabri
29/09/2015
17:18 MYT
Undi tidak percaya sememangnya termaktub dalam Perlembagaan - Dr Mahathir
DR MAHATHIR: Perlembagaan Persekutuan (Perkara 43 (4)) memperuntukkan, jika seseorang Perdana Menteri itu tidak lagi mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Parlimen, beliau perlu meletak jawatan. -Gambar fail
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan proses undi tidak percaya sebagai satu amalan demokrasi.
Menerusi catatan terbaharu di blognya chedet.cc, Dr Mahathir berkata, walaupun Parlimen mungkin tidak mempunyai peruntukan bagi mengadakan undi tidak percaya tetapi terdapat peruntukan mengenai perkara itu di dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Perlembagaan Persekutuan (Perkara 43 (4)) memperuntukkan, jika seseorang Perdana Menteri itu tidak lagi mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Parlimen, beliau perlu meletak jawatan," katanya.
Dr Mahathir turut mempersoalkan adakah kemungkinan Speaker Parlimen membelakangkan Perlembangan Persekutuan, jika beliau (Speaker Parlimen) tidak membenarkan proses undi tidak percaya itu berjalan.
Menurut mantan Perdana Menteri, catatan itu dibuat selepas membaca kenyataan Speaker Dewan Rakyat, bahawa hanya beliau boleh menerima atau menolak sesuatu usul di Parlimen.
Pada 7 September lalu, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dipetik sebagai berkata beliau akan memutuskan sama ada akan membenarkan usul bagi undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri jika dan bila ia dikemukakan kepadanya.
Pandikar Amin menegaskan, hanya Speaker Dewan Rakyat boleh menerima atau menolak sesuatu usul.
"Tiada menteri yang boleh menolak apa-apa (usul) termasuk Perdana Menteri. Yang berkuasa hanyalah Speaker," katanya.
Ketika ditanya mengenai apakah keputusannya mengenai perkara itu, beliau berkata: "Saya akan seberangi jambatan bila tiba padanya."
Pemimpin-pemimpin pembangkang sebelum ini, dilaporkan mahu mengemukakan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada sidang parlimen akan datang.
Parlimen dijangka bersidang semula pada 19 Oktober ini.
Topic Berkaitan
#chedet.cc
#Dr Mahathir Mohamad
#Pandikar Amin Mulia
#Parlimen
#Perlembagaan Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan