awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Finas salur RM1.51 juta insentif tayangan kepada 27 filem
[TERKINI] "Kerajaan tegas perangi rasuah, tanpa pilih kasih" – PM Anwar
Permintaan tiket Piala Dunia 2026 pecah rekod
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNDIAN: Simpanan KWSP cukup untuk tampung kehidupan selepas bersara?

Astro Awani
Astro Awani
23/04/2015
01:56 MYT
UNDIAN: Simpanan KWSP cukup untuk tampung kehidupan selepas bersara?
Sehingga semalam KWSP telah menerima lebih 30,000 maklum balas berhubung kaji selidik online berkenaan cadangan LHDN bagi menambah baik skim pencen.
Baru-baru ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan empat inisiatif bagi menambah baik skim pencen sekarang termasuk menyelaraskan umur pengeluaran penuh dengan umur persaraan minimum seperti yang ditentukan oleh kerajaan.
Tiga cadangan lain adalah menyelaraskan caruman minimum dengan undang-undang umur minimum, melanjutkan bayaran dividen daripada umur 75 tahun kepada 100 tahun dan memperkenalkan simpanan persaraan patuh Syariah sebagai tambahan kepada skim sedia ada.
Cadangan-cadangan ini telah mendapat pelbagai reaksi dari pencarum dan orang ramai.
BACA: Beri pencarum kuasa buat pilihan - MTUC
BACA: Tarik balik cadangan penyelarasan umur pengeluaran - Dr Najmil
Sehingga semalam KWSP telah menerima lebih 30,000 maklum balas berhubung kaji selidik online berkenaan cadangan LHDN bagi menambah baik skim pencen.
Maklumat dan kaji selidik rundingan itu berlangsung dua minggu dan akan tamat pada 5 Mei depan.
Kaji selidik tersebut boleh disertai menerusi i-Akaun dengan mendapatkan kod pengaktifan di mana-mana 67 cawangan KWSP di seluruh negara, kios KWSP atau menghubungi pusat panggilan KWSP di talian 03-89226000.
Adakah anda berpendapat simpanan KWSP cukup untuk menampung kehidupan selepas bersara? Sertai undian Astro AWANI.
Topic Berkaitan
#Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
#KWSP
#pencarum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan